“Nak Pakai Tudung Semula Tapi Kena Istiqomah Dulu Nanti Kena Kecam”
Baru-baru ini, perkongsian pelakon Uqasha Senrose menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video di TikTok memakai abaya dan bertudung.
Menerusi video tersebut, Uqasha memuji abaya dan tudung tersebut sangat cantik serta mengatakan dia terdetik untuk bertudung semula namun dia perlu istiqamah terlebih dahulu.
BACA: “Kalau Bukan Sebab Lockdown, Saya & Uqasha Nikah Minggu Depan”
@uqashasenrose92
“Cantiknya abaya dan tudung ni, rasa macam nak…pakai tudung semula la. Tapi kena istiqomah dulu, kalau tak nanti kena kecam” katanya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar pelakon itu akan terbuka hati untuk bertudung semula suatu hari nanti serta memuji Uqasha lebih cantik dan manis apabila berhijab.
Terdahulu, Uqasha membuat keputusan untuk membuka tudung pada 2016 selepas tiga tahun berhijab.
- SUMBER
- koolfm
The key problem is nak nampak cantik.
Nampak tudung cantik, bila dipakai pun diri cantik dan org puji, terus nak bertudung. Masa kat rumah belek2 muka yg cantik, dgn rambut dan fesyen yg wow, rasa nak tunjuk kat luar la. Then bukak aurat. Itulah sebenarnya…, kan?
Bertudung la kerana arahan Allah. Cantik ke tak belakang kira. Biasanya tudung mengurangkan kecantikan berbanding lepak rumah x bertudung.Kecantikan yg dilindungi dgn hijab dan hanya blh ditengok muhrim, blh menjadi penyebab diringankan hisab.
Byk wanita bertudung sbb dipuji boyfren or org lain. Niat x betul jd kerap bila penyebab bertudung tu dh hilang, tudung pun lesap. So jgn buat perkara kerana manusia. Tu je macik nak pesan. By the way u mmg nmpk lg elok berhijab. Bila free hair mcm berumur sikit. Pelik tp bener…semoga berjaya sis.
Eh tudung eh tak eh tudung eh tak
. Pakai tudung pun nak declare ke? Niat je lah kerana Allah .
Xnak pakai tudung, ikut kau lah. Take your own sweet time.
Kalau x declare bertudung ke tak, senang blh ikut own time line bila2 rasa nk free hair for special function, x gitu _______?
berhijab kerana Allah..dik nun