fbpx

Kali ini Boost e-wallet pula nak bagi hadiah-hadiah menarik kat anda melalui peraduan Pick & Win! Pasti lebih berbaloi-baloi. Bagi anda pengguna aplikasi Boost jangan tunggu lama-lama untuk mengumpul dan mengunakan Boost Coins anda untuk menyertai peraduan Pick & Win ini, okey!

Sebut sahaja soal hadiah siapa yang tak nak kan? Pasti semua orang mahukan durian runtuh ini. Bukan sikit-sikit hadiah yang dapat. Kadang tu sampai tak tertebus hadiah sebab banyak sangat hadiah yang ditawarkan ni.

Dengan Pick & Win, anda dapat menggunakan Boost Coins anda untuk Join entries dan memenangi hadiah yang jauh lebih murah daripada menebus secara langsung.

Relex! Relex! Biar kami jelaskan satu-satu. Cara untuk anda sertai peraduan daripada e-Wallet Boost ni sangat lah mudah. Yang paling penting anda boleh sertai sebanyak kali pun yang anda mahu. Tak kisah lah, seorang 10 kali pun boleh. Kalau anda gunakan Boost Coins untuk redeem prizes pun berbaloi. Tapi kalau yang tak nak tunggu lama-lama dan nak tingkatkan peluang menang hadiah boleh guna boost Coins untuk rebut hadiah-hadiah menarik. Dengan serendah 50 Coins sahaja anda ada peluang untuk menang.

Ada Boost Coins? Apa Cara Untuk Sertai Peraduan Ini

Hanya dengan melakukan transaksi dengan aplikasi Boost anda akan dapat banyak Boost Coins. Misalnya anda melakukan tambah nilai prabayar pada telefon pintar anda, pembayaran bill, pembayaran QR dalam talian dan luar talian dan banyak lagi lah cara anda boleh dapat Boost Coins.

Semakin banyak urus niaga yang anda buat dengan Boost, semakin banyak Boost Coins yang anda akan perolehi sehinggakan anda akan naik ke tahap Boost Up. Semakin tinggi tahap anda, semakin banyak Boost Coins akan dapat setiap transaksi.

Setiap pusingan Pick & Win akan dikemas kini dan berlangsung selang beberapa minggu. Jadi jangan lupa sentiasa check aplikasi Boost untuk lihat senarai hadiah-hadiah baru ini.

Hadiah yang bakal anda perolehi akan disertakan di bawah katalog ganjaran BoostUP. Jadi ini lah peluang terbaik untuk anda sertai peraduan ini. Yang rajin menggunakan aplikasi Boost tu, confirm anda salah seorang pemenang yang bakal bawa pulang hadiah hebat ini.

Ha sebelum kami terlupa, Pick & Win sudah pun masuk pusingan ketiga dan akan berakhir pada 30 Jun, jadi anda harus cepat-cepat gunakan Boost Coins untuk rebut hadiah-hadiah ni.

Syarat Peraduan Yang Perlu Anda Tahu

Okey! Setiap Peraduan mesti ada syarat kan? Jadi syarat untuk anda sertai peraduan ini adalah dengan melakukan banyak penyertaan yang anda mahu, lebih banyak penyertaan lebih banyak peluang yang anda akan dapat.

Setiap hadiah mempunyai tempoh masa tamat peraduan dan pemenang akan dipilih serta-merta. Setelah pemenang dipilih, Boost akan memberitahu pemenang melalui notification dalam aplikasi Boost dan bukan melalui telefon ataupun SMS. Jadi anda kena selalu periksa Halaman History dalam Pick & Win atau check e-mel anda.

Jadi tips untuk menang, jangan segan untuk sertai lebih banyak penyertaan, okay! Tapi ingat, setiap penyertaan yang gagal, Boost Coins yang digunakan untuk penyertaan TIDAK akan dikembalikan.

Jangan tunggu lama-lama, jom ajak member-member join sekarang. Maklumat lanjut layari laman rasmi Boost.