fbpx

Lepak mamak setiap malam dengan kawan-kawan untuk layan PUBG Mobile, mestilah anda mahu tunjuk hebat bukan? Lebih lebih lagi bila tinggal 2 pemain dan semua kawan-kawan pula sudah mati, memang tiba masa anda untuk teruskan perjuangan pasukan anda.

Tapi, bila anda sudah bidik musuh di sebelah sana dan hanya tinggal tarik bicu untuk menembak, bateri telefon pintar anda pula habis. Bayangkan pula tiada powerbank berdekatan atau lebih teruk memang tiada punca kuasa untuk teruskan permainan — memang haru hidup dibuatnya.

Better luck next time!“, ungkapan buat sakit hati dari PUBG Mobile.

Situasi sebegitu bukan perkara asing buat ramai pemain permainan mudah alih di telefon pintar hari ini dan pastinya satu situasi yang mengecewakan setiap kali. Sudah tiba masanya untuk anda pilih telefon pintar yang lebih baik terutamanya dari segi kapasiti bateri supaya mampu bertahan lama.

Mari kami jelaskan tiga sebab penting kenapa anda perlu pilih Huawei Y9s sebagai ‘senjata’ baru anda dalam mendapatkan Chicken Dinner setiap kali bermain.

1. Kapasiti Bateri Besar 4,000 mAh

Percaya atau tidak yang Huawei Y9s hadir dengan kapasiti bateri bersaiz 4,000 mAh yang membolehkan penggunanan sehingga 1-2 hari. Ini termasuk penggunaan panggilan telefon berterusan selama 40 jam, mendengar muzik sehingga 80 jam dan menonton video kegemaran anda sehingga 9 jam. Wow!

Keupayaan bateri yang besar ini pastinya membantu anda bermain permainan mudah alih dengan lebih baik. Untuk penjimatan bateri lebih baik, Huawei Y9s hadir dikuasakan oleh Kirin 710F yang memberikan prestasi hebat dan mengurangkan penggunaan bateri dalam masa yang sama.

Pernah cuba pinjam kabel telefon pintar rakan anda tetapi tidak bersesuaian, jangan risau kerana Huawei Y9s turut dilengkapi dengan kabel USD Type-C yang menyenangkan hidup anda!

2. Skrin Besar 6.59-inci Ultra Fullview Display

Tidak cukup dengan bateri berkapasiti besar, Huawei Y9s turut hadir dengan skrin besar bersaiz 6.59-inci dan resolusi 2340 x 1080 bersama teknologi Ultra Fullview Display yang memberikan paparan lebih jelas, warna lebih terang dan pengalaman lebih mendalam.

Senang untuk anda yang sukakan skrin yang jelas ketika bermain permainan mudah alih mahu pun ketika membaca atau menonton video kegemaran setiap hari.

3. Kapasiti Storan Besar Sehingga 128GB

Gamer sejati tidak akan fokus kepada satu permainan mudah alih sahaja. Dengan storan Huawei Y9s berkapasiti besar sehingga 128GB, anda boleh muat turun lebih banyak permainan yang berbeza tanpa perlu memikirkan cukup storage ke tidak.

Kalau 128GB storan terbina dalam Huawei Y9s masih belum mencukupi, anda boleh masukkan memori kad sehingga saiz 512GB untuk storan yang lebih banyak. Memang senang!

Winner Winner Chicken Dinner! Sekarang anda sudah tidak perlu risau perjuangan tersangkut di tengah jalan kerana masalah bateri, skrin dan storan yang kecil. Huawei Y9s memberikan anda semuanya dengan lebih besar untuk memudahkan hidup anda.

Tunggu apa lagi, anda boleh dapatkan Huawei Y9s pada harga RM999 di laman rasmi Huawei hari ini atau kunjungi kedai rasmi Huawei yang berdekatan dengan anda. Lebih menarik, dengan setiap pembelian anda akan terima Huawei Band 4 secara PERCUMA yang perlu anda terbus menerusi Member Center!

Huawei turut menawarkan harga baharu Huawei Y9 prime yang tidak kurang hebatnya pada harga hanya RM799. Ayuh!