fbpx

Musim cuti sekolah ini pasti menu anak-anak anda bertukar bukan. Yalah ada yang teringin KFC lah, Nando’s lah dan banyak lagi lah pilihan anak anda. Bukan sahaja menu anak-anak, anda pun jika nak meet with bestfriend tu pasti tempat-tempat fast food yang akan menjadi pilih.

Lebih menarik lagi, menu ayam memang akan ngam dengan semua orang. Buat sahaja menu ayam masak apa sekalipun tetap lincin.

Contohnya macam menu-menu ayam yang di bawah ni, sekali tengok iklan pun dah terliur.

LFC

Nando’s

KyoChon 1991

Nene Chicken

J&G Fried Chicken

Terliur kan tengok menu-menu ni? Relex jangan terus order online, anda boleh dapatkan kesemua menu di atas dengan harga promosi.

Jangan Lupa Rembat Harga Murah Di Sini!

Kalau anda nak tahu, ada 1,200 outlet seluruh dunia yang menjual ayam. Paling best anda boleh terjah kesemua cawangan ini untuk nikmati menu-menu ayam yang lazat.

Antaranya 1977 Ipoh Chicken Rice, Tiga Budak Gemok, KyoChon 1991 dan banyak lagi lah.

Nak tahu lokasi mana lagi yang anda boleh terjah, jangan lupa klik di sini.

Yang paling penting anda boleh dapat pulang wang tunai segera RM5 lagi, okey!

Bagaimana Cara Nak Rebut Harga Murah

Ala, caranya sangat mudah dan kami yakin anda semua ada aplikasi ini dalam phone anda. Anda hanya perlu lakukan ini:

1. Buka aplikasi Maybank dan terus ke QRPay

2. Imbas kod QR di mana-mana kedai yang anda makan untuk dapatkan pulangan RM5. Minima pembayaran haruslah RM10 keatas

3. Masukkan harga pembayaran dan teruskan pembayaran

4. Pastikan pembayaran QRPay anda hanya menggunakan akaun semasa, simpanan dan MAE

5. Setiap pulang RM5 hanya boleh dilakukan sebanyak 2 kali sahaja

Mudahkan? Hanya lakukan 3 perkara ini anda boleh nikmati menu kegemaraan anda dengan harga yang sangat berbaloi. Memang kali itu, anda akan makan sehingga kenyang bab bayaran jangan risau. Pasti murah!

Ha sebelum terlupa, jika anda ingin membuat pembayaran QRPay untuk Nando’s and KFC, anda hanya perlu menggunakan fungsi ‘PAY’ dan jangan lupa tunjukkan QR anda kepada jurujual.

Manakala untuk cawangan A-yam yang lain anda hanya perlu menggunakan fungsi ‘SCAN’ untuk mengimbas kod promo untuk nikmati pulangan segera bernilai RM5.

Anda harus menggunakan akaun bank dengan sistem QRPay sahaja untuk anda dapat pulangan tunai. Jika anda menggunakan kad kredit mahupun debit anda tidak layak dapat pulangan tunai.

Takkan Pengguna Maybank Sahaja Yang Boleh Dapat Harga Promo Ni?

Relex, tak semestinya pemengang akaun Maybank sahaja yang boleh menikmati juadah best in the world ini dengan harga murah. Anda yang bukan pengguna Maybank pun boleh juga menikmati harga promosi ini.

Hanya perlu muat turun aplikasi Maybank melalui app store atau play store dan daftar MAE.

Bila anda sudah daftar MAE e-Wallet dan seterusnya anda sudah boleh layan harga promosi kaw-kaw. Anda juga boleh dapat pulang tunai RM5 bila anda membuat pembayaran menggunakan Maybank QRPay apabila mereka mendaftar untuk MAE e-Wallet. Best kan, bila dapat keistimewaan seperti ini walaupun anda ahli bank lain.

Jadi untuk anda yang gemar dengan menu ayam ini, jangan lupa untuk terjah lebih banyak tempat untuk rebut harga promosi.

Ingat! Anda harus terjah secepat mungkin sebelum tarikh promosi tamat pada 15 Januari 2020 ini.

Jika anda ingin dapatkan info terkini mengenai promosi ini, anda boleh terus ke Facebook Maybank, Instagram dan Twitter Maybank sendiri.