“Nak Kaya Kena Berani & Gila, Kalau Tak Duduklah Di Takuk Biasa-Biasa”
Sering tampil dengan teknik pemasaran sensasi sehingga mengundang kontroversi serta menimbulkan rasa kurang orang ramai, usahawan Liana Rosli tidak kisah dengan pandangan segelintir masyarakat yang jijik dengan kaedah tersebut.
Menurut Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, setiap peniaga mempunyai cara mereka tersendiri untuk mempromosikan produk masing-masing. Menafikan caranya mempromosikan berbaur lucah, Kak KM berkata dia hanya bersikap jujur.
BACA: “Cukuplah Kecam, Kasihan Dekat Mama Yang Sudah Tua”
“Sebagai peniaga kita kena ada kelainan dan jika kita ingin tonjolkan sesuatu benda… kena ada caranya. Contohnya, ramai yang jual jamu tapi bila produk kita dah laris ada yang nak tiru dan jual benda yang sama.
“Korang boleh ada cara sendiri, tapi bagi saya, saya ada cara sendiri. Orang kata cara saya melucah, sebenarnya ia tidak lucah kerana saya lebih telus dalam penyampaian,” ujarnya kepada mStar.
Kak KM menegaskan jika mahu berjaya dan kaya dalam perniagaan seseorang itu perlu berani dan bersikap gila-gila. Dalam pada itu, Kak KM berkata tiada masalah menggunakan teknik pemasaran boleh mencetuskan kontroversi demi mempopularkan sebuah produk.
“Kalau nak kaya kena berani, kena gila. Kalau kau tak gila duduklah di takuk biasa-biasa. Tekniknya, kita kena tahu apa yang kita jual, kena tahu keberkesanan produk dan kita sebagai pengasa mesti makan apa yang kita jual barulah orang percaya.
“Untuk zaman ini, memang kita meniaga dekat media sosial, kalau tak kena kecam tak viral, benda tu tak meletop dan orang tak kenal. Tapi apa salahnya. Saya tak minta dikecam, tapi kalau kau dah kecam Alhamdulillah. Benda tu secara tak langsung akan lakukan produk,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Sepanjang siasatan aku X ada pulak aku tgk jeff bezos, mark zuckerberg, warren buffet, alice walton dll bilionair the richest people in the world tu gila.
Berani buat sesuatu yg di luar kotak..bkn berani buat bnde yg x ada sifat kemalu2an kepada org ramai.
Dah mmg lucah ngaku jelah
Level kaya ponder ponder aje la ….
Money cannot buy class …
Jadi perdana menteri ayah pin aje la ko ni kahkah
Ko ni kalo dok kt US sanggup jd pelacur kt sbb nk kaya?
Org USA punya gro natural punya wei. Cawan pun boleh letak atas pinggul diaorang!! Lentik!!!
Amiiin. Semoga kau terus gila sampai la kau kerepot.
Xfaham & xtau sape yg beli produk dia ni
Claim sales bagus gila babun
Dengo kate… BAKAL DIDAKWA engko ke orgnyer???????
i tgk cara promosi dia.. bkn galak nk try… takutt, takut jadi cmtu
Jangan ikut kata dia ni. nak berniaga guna la cara yg sopan lagi bagus
Nak kaya…nak kaya….sama acuan mcm yg buat promo double meaning. Very suggestive in nature.
Kakak KM berani buat kerja di luar seluar dalam. hahahahaha.
Jijik!