fbpx

Nak Jimat Elektrik Di Rumah? Cuba Kaedah Ini

Adakah anda salah seorang yang selalu tergaru-garu kepala bila menerima bil elektrik setiap bulan? Kalau ya, tahniah! Anda berada di ‘laluan’ yang betul dengan ‘singgah sekejap’ di sini.

Haa, alang-alang anda dah ada di sini, pastikan baca sampai habis artikel ini okay?

Tiga Faktor Utama Turunkan Bil

Kredit: Soya Cincau

Baiklah, kalau anda nak tahu, penggunaan tenaga elektrik adalah dipengaruhi beberapa faktor, antaranya nilai kuasa peralatan elektrik, beban kerja peralatan elektrik dan juga tempoh penggunaan barang elektrik itu.

Sebenarnya ada juga faktor-faktor lain, tetapi kami berikan pada anda tiga faktor utama yang boleh kita kawal dan kurangkan supaya dapat menurunkan jumlah bayaran bil elektrik. Amacam?

Cara 1: Gunakan Peralatan Elektrik Dengan Betul

Untuk memastikan kurangnya pembaziran tenaga elektrik, peralatan elektrik perlulah digunakan dengan cara yang betul mengikut spesifikasinya.

Contohnya kalau kat rumah anda ada mesin basuh 10kg, jadi pastikanlah berat pakaian yang hendak dibasuh itu tidak melebihi berat tersebut.

Kalau pendingin hawa pula, tetapkan pada suhu jangan terlalu rendah sebabnya akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi. Alah, anda set kan suhu 25-27°C pun sudah memadai.

Paling penting, cara jimat elektrik yang efektif adalah dengan menggunakan peralatan elektrik dengan betul.

Cara 2: Tutup Suis Dan Cabut Soket

Kalau tak nak tonton tv, tutup suis; bila dah habis kerja tutup suis komputer; tutup suis lampu apabila keluar dari bilik atau tandas.

Pendek cerita, untuk elakkan pembaziran tenaga elektrik, tutup suis apabila peralatan elektrik yang tidak digunakan. Lepas tutup suis tu anda boleh cabut soket, inilah beberapa cara jimat elektrik yang boleh membantu anda jimatkan penggunaan elektrik. Jumlah bil elektrik bulanan juga akan berkurang.

Cara 3: Guna Peralatan Elektrik Dengan Penggunaan Tenaga Yang Cekap

Kredit: TNB

Pernah tak anda melihat label cekap tenaga (energy efficiency label) yang ditampal pada sesetengah peralatan elektrik yang dipamerkan?

Label cekap tenaga tersebut adalah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Untuk info anda, label yang ditampal di televisyen, kipas rumah, peti sejuk atau pendingin hawa ini menunjukkan tahap kecekapan penggunaan tenaga elektrik peralatan tersebut.

Dan tahap kecekapan tenaga peralatan tersebut diberikan star-rating tertentu tau; semakin banyak bintang, semakin cekap penggunaan tenaga dan semakin jimat penggunaan tenaga elektrik.

Jadi, kalau anda nak beli peralatan elektrik, utamakan model yang mempunyai star-rating yang tinggi, iaitu empat atau lima, supaya anda akan mendapat penjimatan elektrik nanti. Eh, ada diskaun rebat yang anda boleh guna tau untuk beli perkakas elektrik ini. Baca terus di bawah!

Harus Bijak Berbelanja Cari Barang Elektrik

Bila sudah tahu cara nak menjimatkan elektrik, apa yang anda perlu buat adalah kena bijak untuk berbelanja mencari barang elektrik yang sesuai untuk diletakkan di rumah anda.

Rileks, jangan kerut dulu dahi anda tu, kami ada cara untuk anda bijak berbelanja. Beli jer barang elektrik anda tu menerusi PGMall, yang merupakan platform beli-belah Homegrown No.1 di Malaysia untuk mengkomersialkan lagi barang tempatan kita hingga ke seluruh dunia (Bridge Local to the World) sejak ia ditubuhkan lagi. Power betul kan?

PGMall Kan Ada!

Melalui PGMall, anda semua dapat menebus baucer-baucer yang ditawarkan selepas mendaftar melalui SAVE 3.0 iaitu Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0 tau.

Pemberian e-rebat sehingga RM400 akan diberikan untuk pembelian barangan elektrik cekap tenaga berlabel empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga 2022 yang dilancarkan pada awal tahun 2022 oleh pihak kerajaan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ini.

Tak hanya itu ye, jika anda berbelanja di PGMall, ‘tolonglah’ jangan ketinggalan untuk berbelanja pada waktu-waktu promosi seperti Hot Day Sale, Super Shocking Sale, Cash back up sehingga 3.5% kerana potongan harga yang diberikan memang luar biasa!

Lagi pula, anda tak payah pun nak susahkan diri keluar dari rumah, sambil-sambil lepak tv pun dah boleh check out barang elektrik yang anda nak beli tu. Hujung jari jer.

Kalau anda nak tahu, program Kempen Save 3.0 ini juga untuk memberi kesedaran orang ramai betapa pentingnya untuk guna barang rumah yang boleh jimatkan elektrik. Contohnya macam peti sejuk, aircond, mesin basuh dan macam-macam lagi lah.

Siapa Yang Layak Untuk Dapat, Terus Daftar Sini Jer Ke?

via GIPHY

Anda boleh semak di sini untuk tahu siapa yang layak dapat rebat sehingga RM400 tu.

1. Warganegara Malaysia yang tidak menerima eRebate Save 2.0
2. Pengguna yang berdaftar dengan TNB, SESB, SEB, NUR
3. Rebat terhad kepada 1 akaun sahaja, siapa cepat dia dapat
4. 1 akaun boleh tebus kedua-dua kategori barangan elektrik

Oh ya, tarikh promosi sah sehingga 31 DISEMBER 2022 sahaja tau. Paling penting, PGMall akan menghantar barang anda terus ke depan pintu anda. Harus diingat setiap isi rumah layak membeli perkakas elektrik dalam kumpulan satu dan kumpulan dua secara berasingan, namun hanya boleh memohon sekali sahaja dalam setiap kumpulan bagi menikmati diskaun sehingga RM400 ini.

Tak payah nak pening-pening kepala nak daftar untuk program 3.0 ni, anda hanya cuma perlu layari laman web PGMall dan ikuti semua syarat kelayakan untuk mendaftar program SAVE 3.0 di sana.

Melalui PGMall, anda semua dapat menebus baucer-baucer yang ditawarkan selepas mendaftar melalui SAVE 3.0. Caranya mudah jer:

Langkah 1: Tebus baucer penjual dan baucer SAVE 3.0 di PGMall.

Langkah 2: Anda hanya perlu layari bahagian perkakas elektrik di halaman SAVE 3.0 PGMall.com dan membuat pembelian ikut perkakas elektrik yang anda nak tu.

Langkah 3: Sila pilih “Shop Coupon” dan “PGMall Coupon” ketika daftar keluar perkakas yang hendak dibeli untuk memohon diskaun dari PGMall.

Selepas sudah mendaftar, inilah masanya untuk anda semua menikmati e-rebat tersebut dan menggunakan baucer-baucer yang diberikan penjual di platform PGMall.

Info lanjut boleh klik link tertera.

Website: https://pgmall.my/home
Program Save 3.0: https://pgmall.my/program-save
Facebook: https://www.facebook.com/PGMallMalaysia/

#PGMall #shoponline #shoponline #MalaysiaNo1ecommerce #shopfromhome #onlineshopping