“Nak Jadi Juri Perlu Menang Satu Anugerah Sepanjang Hidup” – Azwan Ali
Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA berpendapat individu yang menjadi juri perlu memenangi sekurang-kurangnya satu anugerah sepanjang bergelar sebagai penyanyi.
Memetik Utusan Online, Azwan berkata dengan pencapaian serta kualiti vokal yang pernah diiktiraf barulah juri tersebut layak untuk menilai para peserta.
BACA: “Perlu Ada Batas Apabila Nak Mengamuk Atau Menghentam Peserta” – Azwan Ali
“Sepatutnya kredibiliti atau kelayakan menjadi juri mestilah pernah menang satu anugerah sepanjang karier mereka.
“Sekurang-kurangnya vokal mereka sudah dinilai dan diiktiraf sekiranya program tersebut berkaitan dengan nyanyian, barulah layak menilai peserta bertanding.
“Adakah sikap juri yang suka mengamuk dan terjerit-jerit ini menjadi ‘nyawa’ kepada stesen televisyen?” katanya.
Dalam pada itu, Azwan turut meluahkan rasa kecewa dengan lambakan juri ‘sampah’ yang menguasai rancangan realiti di televisyen sedangkan ramai lagi penyanyi hebat.
“Balik-balik muka yang sama muncul dalam televisyen, sedangkan penyanyi yang mahir mengenai vokal juga ramai dan boleh memberikan komentar mengenai persembahan nyanyian,” katanya.
- SUMBER
- Utusan Online
betul tu. sebb makcik mas xde bakat yg besar, tp ada ilmu n pnglmn je lah.. patutnya amikla yg berbakat dan berilmu..
kai ni sayaaa setuju dgn azwan
beside komposer as juri, if penyanyi (experience, credibility – can see the person win awards luar/dlm negeri, concert, byk stage performances)….
maybe takde enough $ to pay good juri……
Ajai ada menang apa2 award x? Dia cuma ada bakat compose lagu n tone cara nyanyi tp dia xda bakat suara yg wow. Suara dia biasa2 ja tp bila jd juri masih diterima sbb ilmu cara2 menyanyi yg dia ada dan dia x la laser sampai menjatuhkan maruah peserta.
Ajai pernah menang Juara Lagu 2003
..betul pulak si diva ni..nak jadi juri kena la bakat tu pernah diperakui..setakat gelek 360 dan sora tak bape nak sedap memang tak sesuwei la..
..tapi tu la..acik mas tu tak dibayar kot..sebab laki sendiri keja bahagian penerbitan..jimat mar..
Benda tu hak penerbit rancangan dan stesen tv laa mapok tua. Ko tu bkn ada bakat apa pun nk ckp lebih2 psl ilmu penjurian ni. Ko bkn penah menang vokal terbaik ke jd ko sendiri sebenarnya sngt x layak nk bg pandangan mcm tu seolah2 karier ko dulu dah menang mcm2 award sbg penyanyi!
Pengalaman pun suam2 suku! Jrg keluar tv lps beranak. Tup! Tup! Jd juri
Aikk lain macam je..bengang ke tu? Betul pun mas idayu suara hauk! Azwan Ali bukan penyanyi tapi host..pernah juga lah dapat award pengacara tv3 pilihan banding mas idayu gelek juboq je
award bukanlah penentu seseorang artis tu berkualiti atau tak. yang penting nak jadi juri kena ada ilmu dan knowledge dalam bidang dia. mas idayu ada knowledge tu, dia bukan jenis yg cakap kosong atau sekadar juri play safe. cuma kekadang emosi tu yg terlebih. huhuhu
Bagi saya syafinaz selamat yang paling sesuai jadi juri kerana bakat vokal nya yg berkelas tinggi