“Perlu Ada Batas Apabila Nak Mengamuk Atau Menghentam Peserta” – Azwan Ali
Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA berkata setiap juri berhak memberikan pandangan dan kritikan namun perlu berlandaskan cara penyampaian yang betul.
Memetik Utusan Online, Azwan berkata supaya tidak kelihatan buruk di kaca televisyen serta menghormati setiap peserta yang bertanding apatah lagi jika program disiarkan secara langsung.
BACA: “Memang Sekarang Wajib Jatuhkan Maruah Orang Di Kaca TV Ke?” – AC Mizal
“Perlu ada batas apabila nak mengamuk atau menghentam peserta. Mas Idayu berhak menegur tetapi ada cara yang lebih baik, berlapik dan beretika sebagai tanda sayang kepada peserta. Trend Mas Idayu ‘sembur’ orang ini terus terang saya cakap sudah basi untuk 2023.
“Pada pihak produksi pula jadikan peristiwa ini sebagai iktibar. Tidak kisahlah nak cipta drama atau kejar rating, jangan gunakan kerusi juri untuk mengeruhkan lagi keadaan serta hormat peserta yang bertanding,” katanya.
Menurut Azwan dia menegur Mas Idayu dengan pandangan ikhlas sebagai rakan artis. Ujarnya lagi, jika dia berada di tempat Sissy Iman sudah pasti dia akan terus meninggalkan set berkenaan.
“Saya tegur sebab sayang pada Mas Idayu. Kalau saya berada di tempat Sissy Imann mungkin saya sudah tinggalkan terus set semasa siaran langsung.
“Tak dinafikan nyanyian Sissy kedengaran agak sedikit sumbang dan seperti merosakkan lagu tersebut, tetapi tegurlah secara baik kerana mereka juga insan seni dan program ini juga adalah berbentuk santai kekeluargaan,” katanya.
Mengulas mengenai penjelasan Mas Idayu yang mengatakan tindakan dibuat kerana sayang kepada peserta, Azwan berkata apa saja alasan diberikan tindakan menjatuhkan maruah dalam keadaan tersebut tidak boleh diterima.
“Itulah jawapan paling selamat sebab sayang. Ini bukan soal sayang tetapi maruah seseorang. Walaupun saya tidak pernah dipanggil mana-mana stesen televisyen jadi juri sebab mungkin produksi ingat mulut saya lagi ‘laser’ dari Mas Idayu.
“Bagi saya menjatuhkan maruah seseorang dalam keadaan sebegitu adalah tidak boleh diterima. Bagilah alasan apapun, tetap tidak dibenarkan,” katanya.
Ahad lalu, persembahan Naim Daniel dan Sissy Iman yang menyanyikan lagu Jampi menerima kritikan pedas daripada juri tetap Mas Idayu. Susulan komen tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata di atas pentas.
- SUMBER
- Utusan Online
Haha mulut neraka ni pandai pulak nasihat org, awak sendiri suka maki hamun org xde sbb x payah nk nasihat org laa!!!
Masalahnya bkn dlm program ni je Mas Idayu ni sound setepek kt peserta! Dulu dlm Mentor pun sama tp kenapa x jd isu pun?! Ada ke sbb peminat Sissy Iman ni sensitif penyanyi kegemaran mrk kena marah?! Black dulu kena lg kaw okey jer?!
Ha ha ko pun sama je AA, lagi teruk ada la. Ha ha siap mencarut2 lagi
The pot is calling the kettle black.
2X5… 5 X Babi…
walaupun dia puaka at least dia professional dlm bagi nasihat. mcm tida prnh dgr ayat seja kamu “dengarlah nasihat walau dari seorang pelacur”. buduh bangang palui. oh ya lupa bah. org semenanjung kan trip² ahli syurga ?
aku bukan minat sissy iman pun ….tapi yg ni mmg betul AURA BONGKAK ADAB KE LAUT masalahnya kali ni bukan menasihat tu tapi lebih kepada menengking….atas kapasiti apa dia boleh jerir2 dan tengking2 org dia cuma juri bukannya mentor ….fahami apa itu juri bg komen penambahbaikan tak suka boleh cakap je terus tp dia ni teriak2 mcm pontianak…..tengok …rakan artis sound pun dia tak terima ….tolong buang dia jd juri atau boikot je program dgn dia ni dpd menjuri mana2 prog dgn ajai sekali let goooo
Kalau komen orang tu…biarlah berlapik sikit…jaga aib orang…kita sempurna ke…. manusia x da sempurna ok….lain kali tegur pakai otak …bukan pakai lutut….
Yg juri tu power sangat ke menyanyi…
Saya ingat waktu acara D Asia di Indonesia waktu itu giliran baby Sima membawakan lagu nya di Mana,Mas Idayu mengkritik dengan sangat keras,kurang puas dengan lagu yang dinyanyikan Baby Sima dan Berkata macam Jahanam.
Kata kata seperti itu tidak boleh sebenarnya di ucap kan
Seperti:Bodoh,Jahanam dan yang lainnya seperti menjatuh kan
Aq mmng x suka cara mas idayu ni, nk tegur tu baik2 lh smpai menengking bagai, mmng aq x suka dri dlu lgi mas idayu, betina PNS baran. Dgn prngai mcm tu ofc ade je yg brdendm dgn dye ni_- Kesian sissy, hti dye tu mybe terguris dgn kta2 kesat yg dlempr mas idayu, kalau aq jdi Sissy, mybe mngis histeria.. haha… Belagak betui puih dye ni, mnymph aq.. Dhlh org mlyu, but x reti nk hormt n jga prckpn, perlakuan.. Teguran mas idayu ksr buknnye nk ckp betul2, Buuu Dh tua tpi x pndai jga hti org. HAHA
Aku cadangkan sebelum perserta bermula biarkan juri tu nyanyi…. kito dengo suara dio camno, baru fair n lovely…