“Nak Jadi Isteri Tengku Hassanal Kena Pandai Makan Durian”
Pasti ramai tahu pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman sememangnya rapat dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Rizalman merupakan individu bertuah bertanggugjawab menyediakan persalinan buat Tunku Azizah serta keluarga diraja Pahang itu sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Selasa lalu.
BACA: 5 Selebriti Ini Tidak Lagi Bergelar Kerabat Diraja
Baru-baru ini, Tunku Azizah menjadi tumpuan netizen apabila muncul dalam siaran langsung di Instagram Rizalman. Rata-rata netizen memuji baginda yang dilihat bersembang santai.
Ketika siaran langsung itu, baginda sedang makan durian bersama anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang turut melambai tangan dan mengucapkan salam.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah apabila Rizalman dan Tunku Azizah mengusik Tengku Hassanal sama ada dia sudah berpunya atau pun tidak memandangkan ramai yang memuji ketampanannya di hari pertabalan tempoh hari.
“Handsome kan Hassanal, ada orang tanya Tengku Hassanal ni ada pilihan hati ke tak? Ada tak? Suruh dia jawab sendiri, saya tak nak jawab,” kata Tunku Azizah.
“Not yet (belum ada),” balas Tengku Hassanal.
Dalam pada itu, Tunku Azizah memberitahu mana-mana gadis yang berhasrat ingin menjadi suri hati anakandanya perlu memahami minat dan menjaga penampilan anaknya.
“Siapa nak jadi isteri dia kena pandai makan durian, makan gulai tempoyak kena siap baju dari kepala sampai ke kaki.
“Kena siap semua sekali pasal dia sama macam ayah dia. Tengku Hassanal macam tu la,” kata Tunku Azizah.
- SUMBER
- mStar Online
Takpelah , saya pass ! Saya nak kat orang biasa je . Yg penting kaya, tampan , tak tinggal solat , beragama dan tak mata keranjang .
Lg 5 tahun pls update sisturr.. nk tau juga dapat x
Hahaha… comel je bunyi komen ko
Klau kya je mcm yg u ckp….tpi tak rajin kerja hbiskn duit pusaka x guna juga..yg penting sdp mta memndg..pembersih.. rajin kerja..solat..tak kedekut..setia..dgr ckp…dan x merokok. Klau rajin ditmbh pula yg extra saya sebut diatas tadi psti hidup ku sng.
Dlm2 permintaan kita tu..rasa nya tak semua dpt.
lol kaya ko tak lepas. pandai ko. aamiin.. mudah2an ye..
Pilih org darah rkyt jelata laa kalo berlaku apa2 senang nk minta keadilan di mahkamah syariah!
Ampun Tuanku. Tapi wanita modern zaman sekarang lebih prefer self-made men, and seorang suami tu sepatutnya dia yg jaga dan protect anak bini dari kepala ke kaki, bukan sebaliknya. Harap jangan murka sebab ini realiti. Yang minah2 tak habis SPM kaki layan drama sendu melayu sendu jam 7 petang je yang masih taste anak raja ni. Ampun Tuanku.
Obviously bukan utk kamu sis. So carilah yg sesuai dgn pendirian anda.
Artis ke beliau ni sampai masuk blog artis? Just wondering
Institusi raja2 kt Msia ni tugas dia no 1 jd ketua agama dan adat istiadat bangsa melayu, menjaga keharmonian msykt berbilang kaum dan adat di Msia ni. Bkn skdr sibuk seronok2 nk glamour mcm kerabat kt UK tu dgn kisah percintaan, perceraian, fesyen mrk semata2! Jgn nnt org melayu sendiri pun meluat dan bosan dgn cerita2 xde faedah kpd kehidupan mrk sehari2!
Hadoh hadohhhhh… Bodoh nya….. Buat lah research skit dek non…. Jgn nak mgomen mgata kalau hanya nak tunjuk kebangangan yang mlampau…. Malu Melayu Maluuuuuuuuuuuuuu….. Adoiiiiii… Bangangnya……..
Tq byk byk ….hamba ni tak ada angan angan nak jadi permaisuri mcm sorang tu angan angan nak jadi Queen Serambi Wakanda ?…
Tq byk byk ….hamba ni tak ada angan angan nak jadi permaisuri mcm sorang tu angan angan nak jadi Queen Serambi Wakanda ?…
Jodoh ketentuan Allah, tp patik mg tak berminat sb patik tau kedudukan patik.
Tk minatla..tk ensem.ampun tuanku.