fbpx

Cikgu Fadli Mohon Maaf Pada Caprice

Sejak semalam hangat diperkatakn mengenai Cikgu Fadli yang bakal dikenakan tindakan dibuang kerja serta turun pangkat gara-gara bersikap lantang mengenai isu silibus pelajaran di sekolah serta masalah beg berat.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice yang cuba untuk mengulas mengenai itu tersebut. Namun, Cikgu Fadli enggan ada campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk ahli politik dalam halnya itu.

BACA: “Aku Mintak Dilayan Ke Dari Kau?” – Caprice Koyak Dengan Respon Cikgu Fadli

Bagaimanapun, Caprice seakan tersinggung dengan kenyataan tersebut serta mengatakan dia juga tidak minta untuk dilayan serta sejak dulu lagi pengikutnya meminta untuk memberi pendapat.

Sedar perkara itu menimbulkan perdebatan antara netizen, Cikgu Fadli dilihat ada memuat naik posting menjelaskan kenyataannya itu.

Menurut Cikgu Fadli, dia tidak sama sekali berlagak sombong sebaliknya dia hanya membalas spontan perkongsian rakannya itu.

Dalam pada itu, Cikgu Fadli turut memohon maaf terhadap penyanyi rap itu serta berterima kasih kerana menyokong serta mengambil berat tentang isu pendidikan.

Diakhir perkongsiannya itu, Cikgu Fadli turut meminta kepada pihak diluar sana tidak melaga-lagakan serta menjadi batu api antara mereka kerana perkara remeh akhirnya menjadi isu besar.