fbpx

Sebut saja shopping mall ligat dalam fikiran anda hanya membeli belah barang keperluan sahaja. Mungkin tidak pernah terlintas dengan aktiviti yang ditawarkan oleh pusat membeli belah Sunway Velocity Mall.

Bermula 28 Mac sehingga 28 April 2019, hujung minggu anda kini terluang dengan aktiviti menarik dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah awesome yang sedang menanti anda sepanjang sebulan di sana (tingkat 1 berdepan Rakuzen yang berdekatan dengan pintu masuk).

Cuba bagitahu, siapa yang taknak hadiah lumayan dengan cara yang mudah? Cuma perlu beli-belah di Sunway Velocity Mall kecuali di Aeon, Parkson, kedia Makanan & Minuman (F&B) dan bayaran bil. Siapa tak nak kan?

Selain daripada spend, play dan redeem*, anda juga boleh bermain permainan yang ada di Karnival Play2 Win secara percuma. Permainan percuma ini hanya akan diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja tahu. Terhad kepada 2 permainan sahaja setiap seorang.

Sambil-sambil bermain tu anda juga boleh dapat baucer beli belah secara percuma dari G2000, Miss Selfridge, New York Steak Shack, TGV Cinemas, Under Armor, Eureka, Rednose, Sakae Sushi dan banyak lagi.

1. Tebus Resit Membeli Belah di Sunway Velocity

Caranya mudah saja, anda hanya perlu membelanjakan sebanyak RM300 (pengguna aplikasi Sunway Velocity hanya belanja dalam RM250) dalam maksimum tiga resit ataupun membelanjakan RM600 (pengguna aplikasi Sunway Velocity hanya belanja dalam RM550) dalam maksimum empat resit.

Anda juga boleh membelanjakan sebanyak RM1000 (pengguna aplikasi Sunway Velocity hanya belanja dalam RM950) dalam lima resit maksimum.

Yang paling penting adalah anda kena bawa kesemua resit ke Giant Arcade Machine permainan Play2Win. Bila anda dapat skor, hadiah pun menanti anda!

2. Cabutan Bertuah

Bukan itu sahaja, siapa berbelanja minimun RM100 (maximum 2 resit) berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah* seperti kerusi urut ITSU Genki bernilai RM16,000 dan kad hadiah JD Sports bernilai RM3,000.

Anda juga boleh membawa pulang telefon pintar jenama Vivo, jam tangan dan banyak lagi (kecuali resit di Aeon, Parkson dan juga pembayaran bil)

3. Permainan Menarik

Selain itu, ada juga booth untuk permainan sahaja, boleh bermain secara percuma oleh semua lapisan umur tidak kira anak ataupun ibu bapa.

Antara permainan yang ditawarkan adalah permainan seperti ring toss, ball toss dan mainan tembak menembak.

4. Mesra Kanak-kanak

Untuk ibu bapa yang bawa anak-anak datang membeli belah di Sunway Velocity Mall ini jangan risau kerana karnival ini sangat mesra kanak-kanak.

Ada juga bengkel kanak-kanak secara percuma pada hari minggu seperti bengkel membuat sushi, bengkel membuat lampu berlava dan juga bengkel pembuatan slime.

Bukan itu saja, anak-anak anda akan dapat gula-gula kapas* secara percuma jika anda muat turun aplikasi Sunway Velocity Mall.

Pastinya hari minggu anda sekeluarga tidak akan bosan di rumah sahaja!

Okay ini paling, paling, paling best! Lagi banyak anda membeli, bermain, lagi banyak hadiah yang akan anda boleh menangi hanya di Karnival Play2Win Sunway Velocity Mall.

Jadi jangan lepaskan peluang, inilah masa anda grab semua hadiah-hadiah menarik untuk dibawa pulang!

*Tertakluk Kepada Terma dan Syarat

Banyak lagi sebenarnya aktiviti-aktiviti serta hadiah-hadiah menarik yang anda boleh bawa balik sekiranya anda datang ke Karnival Sunway Velocity Play2Win bulan ini.

Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini pada 28 Mac sehingga 28 April 2019. Bawa ramai-ramai seisi keluarga dan rakan-rakan, ambil bahagian untuk setiap aktiviti yang dianjurkan. Selamat bergembira!!!