fbpx

OMG! Bernyanyi satu pentas dengan artis kesayangan? Siapa tak nak ni memang rugi banyak lagi. Kami yakin mesti ramai gila yang teringin nak berduet dengan artis kegemaran anda kan? Lagi-lagi berkongsi pentas, memang inilah peluang terbaik buat anda yang dah lama ternanti-nantikan peluang ini.

Bukan itu sahaja, anda juga bakal menangi sebahagian daripada wang tunai RM10,000 bila sertai peraduan Suria Duo X ni. Fuhh, memang kena rebut peluang ni, bukan senang nak dapat ni.

Buat peminat Siti Sarah, Syamel, Ara Johari, Azlan & The Typewriter, Ezad Lazim dan Aina Abdul yang gemar menyanyi dan berkaraoke, ini adalah peluang terbaik anda untuk menangi wang tunai dan peluang berduet dengan artis kegemaran anda di atas pentas finale Suria Duo X pada 9 Oktober ini.

Bagaimana Cara Untuk Sertai Peraduan Suria Duo X Ini?

Senang sahaja caranya, anda hanya perlu:

1. Saksikan persembahan Suria Duo X setiap minggu di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV.

2. ‘Cover’ dan rekod salah satu lagu Suria Duo X yang tersenarai di laman web suria.my.

3. Kemudian, muat naik video tersebut di akaun Instagram anda.

4. Peserta perlu meletakkan tag @suriamalaysia dan #suriamalaysia #SuriaDuoX dan #namakumpulanpilihan di ruangan caption.

5. Nama kumpulan akan dipaparkan ketika persembahan mingguan.

Mudahkan caranya. Ikut sahaja langkah di atas anda dah boleh bernyanyi bersama selebriti kegemaran anda.

Persembahan minggu pertama Suria Duo X pada Jumaat lepas telah menyaksikan gabungan penyanyi hebat Syamel dan Siti Sarah yang membawakan lagu duet Romancinta. Sebelum membawakan lagu duet, Syamel dan Siti Sarah mempersembahkan lagu popular pasangan duet masing-masing.

Bagaimana pula persembahan daripada artis kumpulan minggu ini yang terkenal dengan kepaduan suara mereka, Ezad Lazim dan Aina Abdul?

Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan mereka secara langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV pada 18 September ini, jam 9.00 malam.

Suria Duo X merupakan sebuah program digital yang menggabungkan penyanyi lama dan penyanyi baru seperti Aina Abdul, Siti Sarah, Ezad Lazim, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan Syamel di atas satu pentas di mana mereka akan menyanyikan lagu popular pasangan masing-masing dan lagu duet yang diubah gubahan muziknya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.