Bakal menimang cahaya mata sulung, pelakon Datin Intan Najuwa merancang untuk ke London pada bulan depan untuk membeli barangan keperluan bayi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Intan berkata dia mencari inspirasai daripada Pintrest dan tidak sabar untuk berkongsi pilihannya dengan pengikutnya.
BACA: ntan Najuwa Mengidam Tengok ‘Anney’ Tebar Roti Canai
“Saya akan ke London bulan depan untuk membeli barangan keperluan bayi. Tak sabar nak berkongsi pilihan saya dengan anda (pengikut) semua.
“Ini merupakan kali pertama saya betul-betul nak membeli barangan bayi dan saya mencari inspirasi daripada Pinterest. Banyak idea yang boleh dijadikan rujukan,” katanya.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Intan menafikan dakwaan dia menggunakan duit suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman. Intan berkata dia mempunyai duit sendiri dan akan gunakan duitnya untuk membeli belah serta melancong.
“Bagi sesiapa yang tertanya-tanya dan berfikir bahawa saya selalu guna duit suami, tolong fikir semula dan simpan perkara ini dalam pemikiran korang.
“Saya ada duit dan pendapatan sendiri. Saya tak perlukan dia (suami) untuk tanggung saya. Ke mana saya pergi tak kira melancong dan membeli belah, saya guna duit sendiri. Saya boleh berdiri di atas kaki sendiri walaupun sudah berkahwin,” katanya.