fbpx

“Nak Aku Lempang, Tendang, Terajang Kau Betul-Betul?”

Pelakon Shukri Yahaya bukanlah seorang yang lantang bersuara walaupun terpalit dengan kontroversi. Bagaimanapun, baru-baru ini Shukri seperti tidak dapat menahan sabar apabila beliau meluahkan rasa berang  terhadap pelakon baharu yang tidak tahu menggunakan teknik lakonan dalam babak pukul dengan cara yang betul.

Menerusi Insta Stroy, Shukri turut meminta agar produser dan pengarah mencari pelakon baru atau pelakon tambahan yang benar-benar boleh berlakon dan tidak menyusahkan mana-mana pihak.

BACA: Shukri Yahaya Nafi Hidup Dikawal Isteri

Bagaimanapun, memetik laporan Kosmo, Shukri memberitahu dia tidak berniat untuk memarahi mana-mana pihak dan status tersebut hanyalah pendapat peribadinya mengenai insiden yang pernah terjadi di depan matanya.

“Sejujurnya, saya tidak memarahi sesiapa. Cuma, saya tergerak hati untuk memuat naik status berkenaan kerana tidak mahu ia berulang kembali.

“Jika mahu melakonkan babak memukul, janganlah pukul betul-betul. Sebagai pelakon kita perlu tahu tentang teknik kamera dan bagaimana kita mahu ‘menipu’ secara visual,” katanya lkepada Kosmo!

Siapa cakap nak jadi pelakon senang.  Tapi betul apa yang dikatakan oleh Shukri, pelakon yang bagus adalah pelakon yang bijak. Mereka perlu fahami dan kuasai teknik lakonan yang betul.