fbpx

Najwa Mahiaddin Sah Bergelar Isteri Idris Koh

Portal hiburan popular, Murai hari ini melaporkan yang penyanyi Najwa Mahiaddin telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya Idris Koh dalam satu majlis yang berlangsung tengahari tadi di Putrajaya.

Pasangan ini yang mengenakan persalinan serba putih telah diijabkabulkan di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sri Satria Putrajaya. Najwa dan Idris telah bertunang pada bulan Disember tahun lalu.

Menurut kenyataan pejabat Timbalan Perdana Menteri, mereka dinikahkan oleh Muhyiddin di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee pada 11.40 pagi.

Berikut merupakan beberapa gambar awal yang diterima sekitar majlis pernikahan Najwa Mahiaddin dan Idris Ko buat tatapan anda semua. Tahniah kami ucapkan buat kedua dua belah keluarga atas penyatuan dua hati ini. (rtky/m)