fbpx

Najwa Latif Dedah Bertunang Jun Lalu Dengan Suami

Pasti rata-rata peminat terkejut dengan berita penyanyi Najwa Latif yang selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Akwa Ariffin, semalam.

Menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube Adil Dbahri, Najwa mendedahkan dia dan suami sudah bertunang pada bulan Jun lalu namun hanya dihadiri oleh keluarga sahaja.

BACA: Najwa Latif Sah Bergelar Isteri Akwa Arifin

https://youtu.be/qWSCWLIrpcY

“Sebenarnya kami dah bertunang bulan Jun tahun ini, tapi cuma bila fasa bertunang ini dinasihatkan untuk kita tidak hebahkan sangat so memang kami keep it to our family je,” katanya.

Menurut Najwa lagi, ketika berkolaborasi menerusi lagu Tak Kisah Pun, dia dan suami sudah mempunyai perasaan antara satu sama lain.

“Sebenarnya waktu kami berkolaborasi dulu itu, saya suka Akwa dan Akwa suka saya tapi kami tak cakap apa-apa.

“Kami memang keep it profesional sebab takut kalau apa-apa jadi atau confess tak jadi nanti malu pulak kan nak kerja sama-sama. Lepas kerja habis barulah kita ambil keputusan untuk teruskan hubungan,” kata Akwa.