fbpx

Najwa Latif Sah Bergelar Isteri Akwa Arifin

Tahniah diucapkan buat penyanyi Najwa Latif yang sah bergelar isteri kepada ahli muzik, Akwa Arifin dengan sekali lafaz pagi tadi.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Najwa menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi.

Memetik mStar Online, majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor kira-kira jam 8.30 pagi tadi dengan dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Pada majlis itu, Akwa menyerahkan mas kahwin 2.5 gram emas kepada Najwa.

Pengurus kepada penyanyi itu, Azahari Jaafar berkata Najwa sudah lama merancang perkahwinan tersebut namun tidak menghebahkan kepada umum.

Difahamkan, pasangan itu akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri selepas solat Jumaat di kampung halamannya.