fbpx

Najwa Latif Belum Sedia Untuk Jalin Hubungan Cinta

Menjangkau usia 20 tahun, penyanyi berbakat besar Najwa Latif jujur menyatakan bahawa dia kini masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki atas faktor usianya yang masih muda.

BACA: Najwa Latif Akui Kerjaya Seni Semakin Perlahan

“Tiada teman lelaki. Saya masih muda dan masih banyak perkara lain yang menjadi keutamaan terutamanya pengajian saya di universiti yang berbaki dua tahun lagi. Kalau berkawan biasa memang ada tetapi untuk bercinta rasanya belum sampai masanya lagi”

“Selain karier dan pengajian, keluarga juga fokus saya. Mereka adalah cinta saya. Tiada teman lelaki pun tidak mengapa kerana selagi keluarga bersama saya, ia sudah cukup membahagiakan,” jelasnya kepada mStar Online.

Mungkin juga keputusan Najwa Latif meletakkan keluarga dan juga impian sebagai cita-cita dapat memberikan dia fokus sepenuhnya dalam bidang pengajian selain tidak perlu memikirkan kerenah pasangan jika ada yang merajuk. Nanti putus, penat pula dikejar media. Eh. (rtky/s)