Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta hari ini bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.
Memetik laporan Harian Metro, sumber memaklumkan bayaran berkenaan akan dibuat oleh wakil Najib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.
Pada 18 September lalu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu dilaporkan menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Najib, 73, sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.
Hukuman itu membabitkan tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.