fbpx

Naim Daniel Buka Food Bank Bantu Orang Susah

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau lockdown, ramai yang terjejas apabila hilang punca pendapatan dan ada yang tidak terputus bekalan makanan sehingga terpaksa meminta bantuan dengan mengibarkan bendera putih.

Terkesan dengan nasib menimpa rakyat Malaysia, pelakon dan penyanyi terkenal, Naim Daniel turut tampil menghulurkan bantuan dengan membuka foodbank bagi mereka yang memerlukan.

BACA: Tak Sesuai Sebab Terlalu Kacak, Ramai Pertikai Naim Daniel Bawa Watak Askar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Naim memaklumkan food bank tersebut dibuka di stesen minyak Petronas Taman Pelangi Semenyih, Selangor. Antara barangan yang disediakan beras, mi segera, garam, gula, biskut, lampin pakai buang bayi, susu, sardin dan tepung.

Dalam pada itu, Naim turut terbuka menerima cadangan daripada pengikutnya untuk menyediakan dua lagi barangan keperluan iaitu sabun basuh dan tuala wanita.

“Dapat idea daripada pengikut dalam Instagram untuk beli sabun basuh dan tuala wanita. Jadi kita dah tambah barang-barang ini dalam senarai. Terima kasih kerana beri cadangan,” katanya.

Dalam video dikongsikan itu, Naim turut memaklumkan kepada mereka yang tinggal berdekatan untuk datang mengambil barangan berkenaan jika memerlukan.

“Saya ada sediakan sedikit sumbangan kepada keluarga yang memerlukan dan tinggal berdekatan Taman Pelangi Semenyih.

“Tak kira apa bangsa dan agama, sila datang ambil. Jangan malu dan segan. Ambil mana yang perlu untuk kelangsungan hidup semua. Insya-Allah, semoga Allah tolong anda semua,” katanya.