Naim Daniel Bangga Berbaju Melayu Hadir Di Setiap Undangan Majlis
Dilihat sering tampil berbaju Melayu di setiap majlis hiburan dihadirinya, pelakon dan penyanyi Naim Daniel berkata dia selesa dengan pemakaian tersebut.
Memetik Harian Metro, Naim berkata dia melihat baju Melayu sesuai dipakai untuk setiap acara dihadirinya dan sepatutnya kita berbangga dengan pakaian warisan tersebut.
BACA: “Tuhan Ciptakan Adam & Hawa, Bukan Adam & Haikal” – Naim Daniel
“Sebagai generasi muda, saya rasa pemakaian baju Melayu sebenarnya tidak terhad untuk majlis dan sambutan acara tertentu saja seperti meraikan Aidilfitri atau menghadiri majlis perkahwinan.
“Saya fikir sudah tiba masanya ‘stigma’ sebegini dibuang kerana sewajarnya kita berbangga dengan pakaian warisan bangsa ini. Saya melihat baju Melayu memang sesuai digayakan setiap masa tanpa ada prejudis. Ia warisan kita,” katanya.
Menurut Naim, idea timbul untuk tampil dengan baju Melayu sekadar suka-suka kerana dia memiliki banyak koleksi baju Melayu.
“Saya ada ratusan pasang koleksi baju Melayu, termasuk baju Melayu Teluk Belanga. Suatu hari, saya terfikir dan berasa nak pakai baju Melayu untuk menghadiri satu acara persembahan nyanyian.
“Apabila menggayakannya, saya amat selesa dan langsung tidak berasa canggung di majlis itu. Jadi, saya tekad untuk terus menggayakan baju Melayu pada setiap undangan persembahan dihadiri. Alhamdulillah, saya dapati ada juga peminat yang sudah mengikutnya,” katanya.
Dalam pada itu, Naim berkata baju Melayu merupakan busana tradisi yang melambangkan budaya kita dan tidak seharusnya berasa malu untuk memakainya.
“Malah, ramai juga yang bertanya kepada saya mengenai pemakaian baju Melayu ini dan seperti yang dikatakan, busana tradisi ini melambangkan budaya kita, masyarakat Melayu. Jadi, tak perlu berasa malu atau skeptikal untuk memakainya setiap masa.
“Saya bangga sebagai anak Melayu dan warisan tradisi bangsa kita pun ada banyak. Salah-satunya baju Melayu yang pada saya wajar dipertahankan. Jadi, sebagai selebriti yang ada sedikit pengaruh, saya ingin mengajak pengikut untuk menghargai warisan tradisi baju Melayu ini,” katanya.
- SUMBER
- harian Metro
Sebab muka ko tak hensem. Level level tipikal melayu belacan. Sesuai pakai baju melayu jer.
Abih ko level apa plak mail oii…banglacan ke? Tya je…
BANGGA LA DENGAN BAJU MELAYU KO TU JE SEBAB MUKA KO BURUK TAK ADA MODAL NAK DIBANGGAKAN!
GAMBAR2 KAT IG SEMUA DASAR SYOK
SENDIRI PERASAN TERPALING HANDSOME.
aku rasa nak stuju part syok sendiri perasan hensem tu.. hahaha
Artikel ini mengetengahkan cara pemilihan baju Melayu dan jenis baju Melayu yang terdapat di pasaran.
Kaum wanita juga boleh menjadikan artikel ini sebagai sumber inspirasi dalam pemilihan baju Melayu untuk ayah, suami atau anak.