Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kecewa apabila melihat ada segelintir rakan artis yang masih menerima tawaran produk yang diboikot.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Nadzmi turut mempersoalkan berapa tawaran untuk produk yang diterima sehingga ada yang tidak boleh menolak.
BACA: “WhatsApp Tak Berfungsi, Semoga Allah Lindungi Mereka”
Nadzmi turut bertanyakan adakah mereka sedar bahawa produk tersebut merupakan penyumbang kepada kekejaman terhadap rakyat di G.

“Masih juga tak nak boikot tak mati kot kalau tak makan duit haram Israel tu. Berapa sangat tawaran untuk produk mereka yang kawan-kawan tak boleh sangat nak tolak tu?
“Sedarkah produk-produk tersebut menyumbang pada pembunuhan saudara kita di sana? Sedih lah tengok kawan-kawan dalam industri sendiri pun tak cakna,” katanya.
Setakat ini, status Ardell Aryana yang terlibat misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berada di kapal Mikeno masih belum diketahui apabila pelakon itu tidak dapat dihubungi.