Nadzmi Adhwa Hadiahkan Alphard, Ardell Aryana Balas Bagi Mercedes
Baru-baru ini, pelakon Nadzmi Adhwa membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Toyota Alphard buat isterinya Ardell Aryana sempena ulang tahun kelahiran yang ke-31.
Nampaknya, selepas menghadiahkan isteri kereta Alphard, giliran Nadzmi pula menerima hadiah kereta mewah Mercedes Benz C300 daripada Ardell yang membalas kejutan dilakukan oleh suaminya.
BACA: Sambut Birthday 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa Hadiahkan Isteri Alphard
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nadzmi meluahkan rasa terharu serta memuat naik video memaparkan kereta mewah diterimanya.
View this post on Instagram
“Selamat hari bahagia @ardellaryana. Kalau tiap-tiap hari birthday kau seronok juga kan. Hari-hari aku dapat hadiah
“Dari kawan dulu sampai sekarang kau tak pernah gagal beri kejutan sampai terkentut-kentut aku tadi,” tulisnya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang bahagia melihat kedua pelakon itu yang saling membahagiakan pasangan masing-masing.
Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia 10 bulan.
what a piece of crap.. banyak org kat luar tu nak mkn ubi kena masuk hutan.
Banyaknya duit diaorg…takde nye kereta saga,bezza,jenama malaysia…semua main kereta import….koman2 pun alphard
Dlm saat susah mcm ni anak-beranak ada lauk utk makan pun dah syukur Sgt
Bodoh laki bini. Aku ingat korang taklah meriak. Same jek korang ngan artis lain yang dok meriak, honeymoon time pkp! Pi makan lah kereta tu! Bodoh.
Resam org kaya..
Aku kena tanggung 2 org anak dalam poket ada rm50 ja sementara nak tunggu 21hb gaji
Hahaha yg ni korang kecam…ustaz beli kereta kt bini korang cakp biarlah nk menghargai bini….. tunggang selagi boleh. Kalu x berserban puji melambong
apa nk heran?…lebai2 parti serambi/ bulan pun kerete merc uols ..
setakat artis x terkejut.
Bini bg hadiah tmbh la syg kat bini. Kl bini tkda apa..sakitkan ati bini tk sudah..lumrah dunia..no money no love…dunia dunia..
Bio le diorg bg hadiah to each other. Kita ni jgn butthurt sgt bila tgk org dpt rezeki bg happy kan psgn dia. Jika dia pi buat bnde2 x ikut SOP, atau pasang bini baru cawangan baru atau membirah elok lah dikecam. Yg ni aku tumpang happy. Doakan yg baik2 utk org lain, insyaAllah yg baik juga dtg kpd kita.
Takde apa yg perlu dicemburu. Rzeki masing2 kan. Pernah terfikir knpa rzeki kita salu jauh. Sbb hati. Bersihkan hati, usaha. Doa & tawakal. Klu nk ssuatu usahala. Tak perlu rasa busuk hati. Sma ada dia riak, itu antra dia dgn Allah. Kita, buat hal kita. Kita jaga PAHALA kita bulan puasa ni. SALAM RAMADHAN!
Nmpk really happy couple, love each other, menerima pastu memberi pulak.
Loan bank pon jgn nk mengada! Tauke2 kaya lg X show off camni!! Dsr sakai!!!
tak cemburu bukan juga peminat n tak penah tahu macam mana dorang ni popular. satu je nak tanya, dorang ni ada bisnes ke yang boleh banyak duit sangat ni? its okay gembirakan pasangan. just aku tertanya2 je la bisnes apa dorang buat.
kaya nau. keje apa dorg ni kaya sgt eh? nak kata byk job, takla byk sgt