fbpx

Nadya Syahera Keguguran Anak Kembar

Teruja untuk menimang cahaya mata kembar, bagaimanapun hasrat Nadya Syahera itu tidak kesampaian apabila pelakon itu mengalami keguguran. Berita sedih itu dikongsikan oleh suaminya, Fizul Nawi menerusi Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Fizul turut memuat naik foto imbasan bayi kembar mereka dan reda di atas apa yang berlaku. Fizul turut meminta orang ramai mendoakan agar isterinya segera sihat.

Fizul berkata sudah lama dia isteri teringinkan anak kembar namun belum rezeki mereka lagi. Difahamkan kini, Nadya masih berada di hospital menjalani rawatan susulan daripada keguguran tersebut.

https://www.instagram.com/p/CBcLqzjjCx5/?utm_source=ig_embed

Fizul dan Nadya berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas bercerai dengan isterinya yang pertama. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.