fbpx

Nadia Brian Tak Tolak Jodoh Dengan Suami Orang Tapi Bersyarat

Pelakon Nadia Brian mengakui bimbang untuk berkahwin lagi selepas gagal dalam perkahwinan ebelum ini namun adakalanya dia mengimpikan sebuah rumah tangga bahagia.

Memetik Kosmo, Nadia berkata dia perlu perbaiki diri untuk menjadi insan lebih baik serta menimba ilmu rumah tangga dan membuat persediaan sebelum bergelar isteri.

BACA: Nadia Brian Akui Ke Arah Untuk Berhijab

“Saya memang rasa takut nak berkahwin, takut perkara sama terjadi. Saya sedar bahawa sebuah perkahwinan tidak mudah, perlu ada kerukunan dan toleransi sesama pasangan. Tetapi semua itu bukanlah saya letak sebagai satu trauma untuk saya tidak mengecap bahagia.

“Jujurnya, saya memang nak kahwin, mahu ada anak dan membina keluarga kecil yang bahagia. Saya sedar untuk meraih mimpi itu, saya perlu perbaiki diri menjadi insan lebih baik, timba ilmu rumah tangga.

“Pokok pangkalnya berbalik kepada diri kita sendiri, buatlah persediaan terbaik sebelum bertukar status menjadi isteri orang,” katanya.

Sementara itu, Nadia mahukan lelaki yang bertanggungjawab dan beriman serta mengakui tidak menolak andai bertemu jodoh dengan suami orang namun bersyarat.

“Isu jodoh sebenarnya kompleks. Saya memang mahukan lelaki bertanggungjawab dan beriman tapi mana tahu kalau saya jatuh cinta dengan suami orang? Tapi selagi boleh elak, kita kena elak.

“Kalau saya berjodoh dengan suami orang pun, biarlah bersyarat. Contohnya, saya kena baik dengan isteri pertama dia. Kena ada keharmonian dalam poligami dan persetujuan semua pihak.

“Saya memang tidak menolak sekiranya jodoh saya dengan suami orang tetapi janganlah sampai bergaduh sana sini. Sebenarnya ada ramai sahaja orang yang bahagia berkongsi,” katanya.

SUMBER: Kosmo