fbpx

Nadia Brian Enggan Komen Dakwaan Curang Dengan Dua Lelaki

Sedang hangat diperkatakan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Nadia Brian, suaminya Muizz Nasruddin membuat pendedahan mengejutkan mendakwa isterinya berlaku curang dan sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung.

Dalam pada itu, Nadia yang dihubungi enggan membuka aib mana-mana pihak berhubung masalah rumah tangganya dengan suaminya kerana baginya ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.

BACA: Suami Dedah Nadia Brian Curang Dengan Dua Lelaki

“Saya mohon doakan yang baik-baik buat kami. Saya tidak suka berkongsi hal peribadi di media sosial. Apa yang Muizz nak cakap, tak apalah. Kami berkahwin belum sampai setahun dan proses kami kenal pun tak lama seperti pasangan lain.

“Ibu saya juga ada pesan supaya tidak mengaibkan sesiapa. Saya tak nak ulas panjang sebab isu ini terlalu peribadi, bimbang timbul fitnah,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Nadia lagi, masalah rumah tangga mereka bukan isu penting yang perlu diberi perhatian, sebaliknya fokus harus diberikan kepada peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ketika ini.

“Isu babitkan saya ini hanyalah masalah kecil, namun apa yang lebih penting adalah isu-isu dunia yang berlaku ketika ini.

“Sekarang ini masalah yang paling membimbangkan kita adalah kes positif Covid-19 yang semakin meningkat. Saya mohon kita semua untuk menjaga penjarakan fizikal dan cuba hentikan penyebaran virus ini,” katanya.

Terdahulu, Muizz mendakwa Nadia bukan curang dengan seorang tetapi dua lelaki. Dakwanya lagi, dia turut mempunyai bukti video kecurangan isterinya itu.