Pelakon Nadhir Nasar berkata dia tidak mengambil hati ada segelintir netizen menggelarnya berwajah masam serta penampilan dilihat seperti tidak mandi.
Memetik mStar Online, Nadhir berkata setiap individu ada pandangan masing-masing dan tidak mahu terlalu memikirkan pandangan orang terhadap dirinya.
BACA: “Handsome Tak Cukup Buat Perempuan Setia” – Komen Nadhir Nasar Jadi Perhatian

“Saya tak kisah, setiap orang ada perspektif masing-masing tentang perkara yang mereka lakukan. Kalau seorang cakap ‘masam’, sembilan lagi suka, jadi kenapa nak fokus pada seorang saja?
“Saya fokus pada sembilan orang itu saja. Benda ini perspektif dan cita rasa. Kadang-kadang ada orang suka pergi zoo, ada yang suka pergi pusat beli-belah. Kenapa kita perlu kisah kalau saya nak pergi zoo tapi orang lain pergi pusat beli-belah?” katanya.
Sementara itu, Nadhir berkata dia sudah bersedia dengan apa yang diperkatakan ramai apabila dia memilih untuk bergelar anak seni. Malah, Nadhir berkata bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang dan tidak semua orang menyukai diri kita.
Sumber: mStar Online