fbpx

‘NADDI KEK MANO’, Lagu Unik 2021

Tak banyak sebenarnya lagu unik muncul dalam industri muzik kat negara kita ni. Tapi bila dengarkan lagu berjudul “Naddi Kek Mano” nyanyian NADDI ni, sedap pula gais. Lagi dengar, lagi best!

Lagu ini juga menggunakan campuran antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi menarik banyak lapisan pendengar di masa kini. Nak pula dicampurnya dialek orang Nogori Sembilan, betul catchy!

Lebih Mesra Dikenali NADDI

Kalau anda perasan kebanyakan artis kekal menggunakan nama profesional sepanjang penglibatan karier, ada juga yang memilih untuk menukar nama pentas. Contohnya Puff Diddy ke P. Diddy dan kini hanya Diddy, Jennifer Lopez pula kepada J. Lo, malah Snoop Dogg juga menukarkan nama beliau kepada Snoop Lion. Dengan langkah ini, pastinya ini merupakan satu pertukaran stailistik dalam menempa nama di dalam dunia industri muzik.

Jadi begitu juga dengan penyanyi NADDI kita ini. Sejak 10 tahun lepas,NADDI menggunakan nama sejak kelahirannya iaitu Nadhira. Dan kini dia lebih mesra dikenali dengan nama pentasnya iaitu NADDI.

Kalau anda nak tahu, NADDI pernah terkenal dengan lagu-lagu hits seperti ‘Tear Us Apart‘, ‘Hold Me Down‘, ‘You Are The One‘ & ‘Do It Again‘. Antara lagu-lagu yang telah dikeluarkan pada dua tahun lepas antaranya berjudul ‘Kau Selalu Ada‘ dan juga ‘Tonight‘.

Untuk 2021 ini, NADDI pernah juga mengeluarkan lagu berjudul ‘LOWKEY‘, sebuah lagu bergenre downtempo trap-soul hasil kerjasama dengan SXPH, seorang produser/rapper.

Kalau anda nak tahu, sebelum ini, hasil kerjasama dalam lagu berjudul ‘Hold Me Down‘, mereka telah berjaya menarik minat salah satu label muzik besar di Malaysia. Fuh!

Kali ini, kerjasama di antara NADDI dan StateNine Entertainment, mereka mengeluarkan lagu yang menerapkan sedikit sentuhan dari budaya Minangkabau dengan menggunakan sedikit dialek ‘nogori’ serta memilih tajuk lagu ‘NADDI KEK MANO?’. Kena sangat dengan NADDI yang berasal dari Negeri Sembilan sebagai pengenalan semulanya ini.

Ini Maksud Sebenar Lagu

Apa sebenarnya maksud ‘NADDI KEK MANO?’ ni. Haaa. korang jangan blur pula. Ianya bermaksud ‘NADDI DI MANA?’ dalam dialek Negeri Sembilan. Dengan bass yang berat, melodi piano yang enak, triplet hi-hat dan alunan suara R&B yang enak dari NADDI ini memang sedap halwa telinga mendegarnya. Dengar banyak kali pun tak boring. Hehe.

NADDI juga ada menerangkan bahawa lagu ini berkisah tentang kehidupan yang sukar untuk dikawal.

“Akan sentiasa ada orang yang menyayangi dan membenci kita tanpa sebab. Sudah menjadi lumrah kehidupan, ramai yang suka menghukum tanpa soal selidik untuk mengetahui kisah sebenar.

“Pemikiran kita seringkali dipengaruhi cuma dari apa yang kita lihat, bukan dari apa yang kita benar tahu. Lebih-lebih lagi apabila di media sosial. Hanya orang yang cukup tabah akan kuat menghadapinya bila masa kita telah diselubungi dengan perasaan itu.

“Lagu ini merupakan respon dari rasa dan perasaan yang telah dilalui. Secara mudahnya, lagu ini tentang jangan mengambil kisah tentang apa yang orang kata pada kita, kita terus saja buat apa yang kita minat”, ujarnya.

Musik video ini turut menampilkan NADDI memperagakan beberapa jenis baju kebaya traditional hasil air tangan Asian Atelier.

Terdapat beberapa shot menarik di dalam muzik video ‘NADDI KEK MANO?’ni. Antaranya seperti shot di studio, dalam kereta dan paling menarik sekali shot NADDI keluar dari helikopter. Letops gais!

Inilah sesuatu kelainan yang telah diberikan dalam muzik videonya. Pada awalnya, muzik video ini adalah visual representasi siapa sebenar NADDI, seseorang yang sentiasa bekerja keras demi mencapai cita-cita dan impiannya.

Banyak lagi yang karya yang NADDI akan sajikan di masa akan datang. ‘NADDI KEK MANO?’ hanyalah titik permulaan kelahiran semula dari Nadhira. Kemungkinan juga akan ada EP dari NADDI. Sama-sama kita nantikannya.