Nad Zainal Terpaksa Ditidurkan, Paru-Paru Berdarah
Perkembangan terbaru mengenai Nad Zainal, pelakon itu dilapor terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri.
Memetik Kosmo, perkara itu dimaklumkan rakan baiknya, Aina Liza menerusi satu kiriman WhatsApp awal pagi tadi.
BACA: Nad Zainal Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-Paru
“Saya baru dapat ‘green light’ untuk berkongsi berita ini. Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.
“Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” katanya.
Lewat malam tadi, pelakon Ungku Ismail memuat naik satu kenyataan di Insta Story memohon orang ramai mendoakan agar Nad diberikan kesembuhan.
“Saya pohon doa-doa semua buat Nad Zainal yang dimasukkan ke wad ICU (semalam) disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.
“Beberapa prosedur telah dilakukan dan menurut doktor yang merawatnya keadaannya stabil tapi keadaannya tidak berapa okey. Mohon doa ya semua. Allahumma Yashfiihaa,” tulisnya.
- SUMBER
- Kosmo
haritu ada nampak gambar dia atas boat ke apa yang cakap baru nak belajar pakai tudung. time tu nampak macam gelap dah nur wajah dia. tak berani nak cakap lebih, apapun doakan yang terbaik. keajaiban mungkin berlaku
amboi boleh pulak kata GELAP dah nur wajah? who are u to play God? busuk betul hati! siapa yg takde nur ni?? goodness mulut puaka
Mlut teruk gila.Sape ko nk judge org.Jaga la hdup sendiri.Anak2 dia kecik lagi.Kalau xde benda elok nk cakap diam2 jela.Harap Nad cepat sembuh.
..so sudden. ke memang dia dah tau dia sakit n taknak suami sengsara kemudian hari..
Tak terfikir ke ini balasan dari Allah? Baru saja cerai – mengapa?? Buat main-main macam budak dulu ke sampai kahwin pun boleh senang-senang cerai.
Punya cepat ada lelaki lain. Belum tamat eddah lagi.
Cuba jujur lihat diri sendiri.
rahim plug : selalu komen negatif kenapa yer? kita ni org islam..Allah lbh tahu apa ada dlm hati kita..x layak kita ni jd hakim judge org lain..kta semua pendosa..doa yg baik2 utk org lain malaikat akan mendoakn yg baik utk kita. jgn sampai di dpn Allah nanti habis timbangan pahala kta sbb apa yg buruk kita kata pd org lain..sama2 muhasabah diri
@Rahim kalau apa2 jadi pada Nad camna nak minta maaf? Jadi manusia ni sekali sekala doalah yg baik2, lebih2 lagi bila dengar org tengah sakit…
Syafakillah, semoga Nad diberi kesembuhan…Aamin.
ISU NAD SAMA MCM ARWAH ABAH AKU. AKHIRNYA ABAH AKU TEWAS DAN MENINGGAL DUNIA.
KALAU DAH DI INTUBATE, TEBOK DADA, BERNAPAS PUN SECARA PAKSA. FAHAM SENDIRI LAH APA KEMUNGKINAN BOLEH JADIK. NAK PIKIR BAIK2 PUN SUSAH WAKTU NI.
ITU MESIN YG JALANKAN BUKAN NAD BERNAFAS SENDIRI MESIN TU YG PAM DAH TAK NORMAL.
APA PUN KEAJAIBAN BOLEH JADI DENGAN IZIN ALLAH.
TAPI AKU TERPIKIR ASBAB NAD JADIK MCM NI SAMADA PASAL VAKSIN, DI SIHIR, ATAU MMG DAH LAMA DIA ADA ISU KESIHATAN.
Rahim tarik balik komen di atas.
Maaf.