fbpx

Nad Zainal Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

Pelakon Nad Zainal kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri dipercayai menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.

Memetik Astro Gempak, rakan baik kepada pelakon itu iaitu Aina Liza memaklumkan keadaan Nad berada dalam keadaan stabil namun masih dalam pantauan.

BACA: Dah Lama Pasang Niat Berhijab, Nad Zainal Yakin Imej Baru Tak Ganggu Karier Seni

“Saya difahamkan Nad Zainal mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Tapi saya tak tahu sebenarnya bila dia kena tu.

“Yang saya dapat maklumat dari pembantu peribadinya, dia baru saja dimasukkan ke ICU. Tapi doktor kata keadaannya stabil cuma masih di ICU,” katanya.

Dalam pada itu, rakannya itu turut memberitahu Nad sebelum ini ada melakukan pemeriksaan doktor.

“Sebelum ini dia memang ada pergi pemeriksaan doktor tapi ingatkan tak serius. Mungkin long covid tapi tulah saya pun tak berapa apsti apa,” katanya.