fbpx

Nad Zainal, Suami Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

Tahniah kami ucapkan kepada Nad Zainal dan juga suami kerana telah selamat menimang cahaya mata lelaki pada 14 Oktober, jam 11.38 malam – jika mengikut maklumat yang dikongsikan pelakon berkenaan di laman Instagram.

BACA: Pengalaman Rakan Buat Nad Zainal Takut Bersalin

8-nad-zainal-suami-selamat-timang-cahaya-mata-sulung-rotikaya

Kehadiran cahaya mata sulung ini turut disambut dengan rasa gembira oleh pemiant dan pengikut Nad Zainal di laman sosial berkenaan. Dalam satu muatnaik gambar lain juga, Nad berkongsikan nama cahaya mata sulungnya itu – Fahad Ibrahim.

Nampaknya Nad kini sudah bergelar ibu dan jika sebelum ini dia pernah mengakui takut untuk bersalin selepas mendengar pengalaman dari rakan yang lain, kini semuanya sudah berlalu dan segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Semoga keluarga kecil ini akan terus dilimpahi bahagia dan rezeki yang melimpah ruah. Pastinya Nad dan juga suami selepas ini akan berkongsikan lebih banyak gambar Fahad tidak lama lagi. Selamat berpantang juga buat Nad Zainal. (rtky/s)