fbpx

Nad Zainal Pernah Dibayar RM90 Untuk Berlakon

Semua orang pastinya mempunyai pelbagai kisah perjalanan hidup sendiri sebelum berada pada tahap sekarang. Melalui perkongsian Nad Zainal di Instagram, dia menyatakan pernah mendapat bayaran RM90 untuk jangka waktu bekerja yang cukup lama sebenarnya.

BACA: Nad Zainal Tidak ‘Kekwat’, Cuma Rabun

Namun perkara tersebut jugalah yang membuatkan dirinya gembira dan tidak berputus asa dalam mengecap impian untuk berlakon dan terus berada di dalam dunia lakonan.

“Dulu masa jadi extra Cicak Man di Muzium Telekom, (ponteng kelas di Aswara untuk dapat duit poket, selepas turun train di Masjid Jamek nampak orang shooting terus tanya “nak jadi extra boleh?” Inilah cara saya nak jalani hidup time belajar, I jadi extra),” kongsinya.

Malah dalam masa yang sama, melihatkan Sharifah Amani yang berlakon ketika itu, azamnya untuk bergelar pelakon tidak pernah padam. Hasilnya, baru-baru ini Nad Zainal berjaya merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik Drama melalui drama Fatonah Azali.

“Masa tu panas rembang tapi kena sarung jaket tebal dan beanie, kononnya tengah musim salji di Metrofulus (eh lupa la nama bandar tu, ini ke?) Kau tau Nani,aku dapat RM 90 time tu, shoot dari 8am-1am, dapat beli McDonald dah cukup seronok,” kongsinya lagi.

Apa pun, semoga perjalanan seni Nad Zainal akan sentiasa bergemerlapan. Untuk mencapai sesuatu yang dimilikinya sekarang, bukanlah satu jalan yang susah namun ia dalam masa yang sama turut memberi harapan kepada peminat untuk berani menyimpan impian demi masa hadapan. (rtky/s)