fbpx

Nad Zainal Kini Sah Hamil 18 Minggu

Tahniah diucapkan kepada Nad Zainal yang dikhabarkan telah hamil dengan usia kehamilannya mencecah 18 minggu. Menerusi laman sosialnya, beliau turut berkongsi gambarnya yang kelihatan manis sekali berbaju kurung biru yang menampakkan perutnya yang semakin membesar.

BACA: Nad Zainal Belum Sedia Umum Kehamilan

Melalui perkongsian gambar tersebut, rata-rata peminat Nad mula membanjiri laman sosial pelakon itu dengan ucapan tahniah dengan berita gembira itu malah ada juga diantara mereka meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan anak pertama selebriti kesayangan mereka itu.

Sebelum ini Nad ada memberitahu bahawa dirinya masih belum bersedia mendedahkan berita kehamilannya itu kepada umum, selain itu dalam masa yang sama beliau juga turut tidak memberi sebarang maklum balas mengenai desas-desus yang telah tersebar itu kepada pihak media.

Apa pun, semoga kesihatan Nad dan bayi terjaga dengan baiknya dan diharapkan segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan olehNya. Pasti kehadiran bayi pertama ini dapat menceriakan lagi kehidupan pasangan merpati dua sejoli ini. (rkty/w)