Dengan usia kandungan mencecah ke lima bulan dan dijangka bakal bersalin pada Oktober ini, Nad Zainal tidak mahu merahsiakan jantina kandungannya dan mengambil keputusan untuk bersikap terbuka mengenainya. Dengan itu dalam masa yang sama, beliau turut mendedahkan jantina bayi pertamanya iaitu, bayi lelaki.
BACA: Hamil: Nad Zainal Bakal Rehat Sehingga Disember
“Saya dan suami tidak kisah menerima cahaya mata lelaki atau pun perempuan. Ketika melakukan imbasan tiga minggu lalu dan dimaklumkan oleh doktor bahawa kami bakal menimang cahaya mata lelaki, kami terlalu gembira. Apabila sudah mengetahui jantina bayi, mudah untuk kami membeli kelengkapan sebagai persediaan”
“Ketika ini, banyak perancangan yang kami aturkan untuk masa depannya. Saya dan suami hanya berharap agar semua urusan serta persediaan menanti kelahirannya nanti dipermudahkan oleh Allah,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung keterujaan mereka membuat persiapan untuk menyambut bayi pertama mereka.
Terdahulu, Nad ada memaklumkan bahawa dengan keadaan perutnya yang semakin membesar, beliau akan berehat daripada segala aktiviti seni bermula Jun ini bagi memberi perhatian kepada kandungannya yang kini berusia lima bulan. Tetapi pada masa yang sama, beliau akan fokus kepada perniagaan pakaian disepanjang Ramadan ini. (rkty/w)