fbpx

“Nad Lambat Beritahu Saya, Dia Diam, Pendam” – Bapa

 

Bapa kepada pelakon Nad Zainal iaitu Zainal Abidin memberitahu dia yang mengambil Nad di rumahnya petang Isnin lalu sebelum menghubungi ambulans dan menguruskan kemasukannya di hospital.

Memetik Harian Metro, Zainal berkata dia tidak menyangka anaknya itu mengalami sakit yang serius sehingga dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Menurutnya lagi, anak tunggalnya itu tidak pernah sakit teruk dan ianya kali pertama terjadi.

BACA: Update Keadaan Nad Zainal Di ICU, Ungku Ismail Akui Sedang Kenal Hati Budi

“Dia lambat beritahu saya, dia diam, dia pendam. Dia ada mengadu sakit dada tapi macam tak serius. Dia ingat makan ubat boleh baik. Dia pernah dijangkiti Covid-19, tapi tak seteruk ini. Yang ini memang teruk,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal memaklumkan Nad tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan dan masih berlawan dengan ubat.

“Diharap akan sembuh, akan berkurangan dan dia tidak menggunakan alat bantuan pernafasan sebab puncanya paru-paru manakala bahagian lain semua okey.

“Paru-paru Nad mulanya mengalami pendarahan yang banyak. Dia susah bernafas. Sekarang saya tengok okey berbanding semalam (kelmarin) yang  agak teruk.

“Saya difahamkan rakan-rakan artis dan peminatnya di seluruh negara adakan bacaan Yasin malam ini (tadi). Doa semua membantu memulihkan dia,” katanya.