fbpx

Nabila Razali Positif Covid-19 Kali Kedua

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pelakon dan penyanyi Nabila Razali mengesahkan dia sekali lagi dijangkiti Covid-19.

Dalam entri tersebut, Nabila turut memohon maaf serta memaklumkan dia terpaksa menangguh dan membatalkan kerja sepanjang tempoh 10 hari.

BACA: Nabila Razali Lega Suara Makin Pulih, Dah Boleh Makan Pedas

“Assalamualaikum WBT, Dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti virus #Covid19 buat kali yg ke-2 (Ya, kali kedua) Banyak kerja terpaksa saya tangguh/batal untuk 10 hari mendatang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nabila turut memohon agar mendoakan kesihatannya kembali pulih serta menasihati mereka di luar sana agar sentiasa berwaspada dengan virus berkenaan.

Terdahulu, Nabila pernah disahkan positif Covid-19 pada April tahun lalu.