Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis akikah bagi meraikan putera sulungnya, Baby M di Franky Corner, Kota Bharu, Kelantan pada 7 Jun ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila berkongsikan pada raya Aidiladha kali ini dia akan pulang ke Kelantan dan mengajak orang ramai hadir di lokasi berkenaan.
BACA: Nabila Razali Belum Sedia Dedah Nama & Wajah Anak, Bimbang Penyakit Ain
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Nabila berkata dia tidak sabar menantikan kehadiran tetamu untuk memeriahkan acara akikah anaknya itu.
“Saya nak ajak anda semua datang ke majlis akikah Baby M. Kami sekeluarga tak sabar nak jumpa anda di Kelantan nanti, jemput datang beramai-ramai,” katanya.
Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan pada 18 November 2023. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung pada 23 Disember lalu.