fbpx

Nabila Razali Harap Menang Trofi Penyanyi Wanita Popular

Meskipun bakat nyanyian sering dipersoalkan, namun penyanyi Nabila Razali terus popular, malah turut membolosi empat kategori pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Empat kategori tersebut adalah Penyanyi Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan dua menerusi kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular

BACA: Suara Makin Sedap, Nabila Razali Dipuji Netizen

Meskipun sudah lama tidak muncul dengan lagu atau lakonan terbaru, Nabila meluahkan rasa syukur namanya masih lagi kekal relevan.

“Alhamdulillah, pencalonan ABPBH 34 membuktikan saya masih relevan walaupun sudah lama berehat berikutan pelaksanaan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara.

“Saya amat terharu apabila orang masih memberi perhatian pada perkembangan kerjaya dan menantikan produk terbaharu dalam nyanyian mahupun lakonan,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila mengharapkan kemenangan datang daripada trofi Penyanyi Wanita Popular, tahun ini apatah lagi dia lebih cintakan dunia nyanyian.

“Nyanyian adalah kecintaan saya. Justeru, sudah tentu saya memilih gelaran Penyanyi Wanita Popular jika ditanya kategori yang diharapkan.

“Bagi saya, gelaran ini mampu mengukuhkan jenama saya dalam bidang nyanyian. Bukanlah kategori lain saya tidak mahu menang, tetapi dunia nyanyian lebih dekat di hati saya.

“Saya bersyukur lagu Peluang Kedua berjaya mempertahankan populariti dalam nyanyian. Saya harap, lagu ini terus membawa tuah kepada saya,” luahnya.