Nabila Huda Pelik Ramai Wanita Melayu Obses Nak Kulit Putih

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Nabila Huda menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa pelik apabila ramai wanita Melayu yang obses untuk berkulit putih.

Menerusi perkongsian di Twitter, Nabila berkata warna kulit asli Melayu sudah cantik serta menggambarkan wanita Melayu cantik.

BACA: Ramai Puji, Tergilakan Warna Kulit Nabila Huda

“Kenapa ramai perempuan Melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih. Korang sedar tak, kulit asli warna kita ni sebenarnya menggambarkan wanita Melayu cantik,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila turut meluahkan rasa bangga dengan warna kulitnya yang seakan-akan warna gula perang.

“Brown sugar is sexy you know. I love my skin so much and I am so proud of it,” katanya.

Sementara itu, Nabila berkata warna kulit coklat paling mudah untuk dijaga. Ujarnya lagi, jika semua wanita Melayu bertukar jadi putih, akan hilang keaslian sebagai wanita Melayu.

×