Nabila Huda Bengang Bayar Yuran Penuh Tapi Hanya Belajar Online
Umum mengetahui, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, institusi pendidikan termasuk sekolah terpaksa ditutup sementara waktu dan pelajar perlu menjalani pembelajaran secara atas talian.
Bagaimanapun, pelakon Nabila Huda menerusi satu perkongsiannya di Instagram meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia sudah membayar yuran anaknya, Keisha Laila secara penuh namun perlu menjalani pembelajaran secara online.
BACA: Nabila Huda Sedih Keguguran Buat Kali Kedua
Menurut Nabila lagi, dia tidak bersetuju untuk membayar yuran secara penuh seangkan fasiliti sekolah tidak digunakan. Ujarnya, dia berharap tahun ini pihak sekolah akan bertolak ansur untuk kurangkan yuran.
“Saya rasa online class tak berjalan untuk anak-anak kita. Saya bayar yuran penuh dan ia sangat tidak berbaloi. Saya ingatkan tahun ini sekolah boleh bertolak ansur dengan kurangkan yuran sebab kena belajar online lagi.
“Rupanya tahun ini pun mereka masih lagi mementingkan diri. Tak masuk akal langsung,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nabila turut menyeru ibu bapa lain turut berhenti membayar yuran sekolah memandangkan tiada siapa membantu selesaikan masalah dari tahun lepas lagi, lebih-lebih lagi ramai yang berdepan masalah ekonomi susulan pandemik Covid-19.
“Kepada semua ibu bapa, dah sampai masa untuk kita berhenti bayar yuran sekolah kalau tiada siapa dapat bantu kita untuk selesaikan masalah yang dah spend duit daripada tahun lepas untuk anak-anak kita tapi online class.
“Kenapa kami nak kena bayar yuran penuh? Tak boleh ke sekolah bertolak ansur juga faham situasi kami macam kami faham situasi sekolah nak kena bayar gaji cikgu? Ini tidak adil untuk kami,” katanya.
Difahamkan, Keisha mengikuti persekolahan di sebuah sekolah swasta. Perkongsian Nabila itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu.
- SUMBER
- mStar Online
Hantar sekolah swasta dh knp? Besok jd retis gak
abis tuh, ..cikgu2 smua buat charity ker ngajor anak engko? Letrik, aircond, tandas servis cuci sendiri erk.. .. hadoi bukak la mind tu mmmmm
PMR lepas ke tak?!!!!
K a y a n g a n ?
M a s u k
J e
S e k o l a h
G o m e n
Aipp pergi N zealand merata holiday gomol anjing ada je budget….anak sorang yuran jer pon kecoh mcm anak setengah dozen.
habis la kne hencap dgn acik anak sekolah gomen haha
Kau ingat material, modules, kertas, gaji cikgu, kemudahan letrik, api, air, jamban, pokok, bakul sampah semua tu percuma? Staff semua lengang kangkong buat amal jariah mengajar anak kau naik Bas GoKL?
Setakat yuran sekolah anak sorang kamon la beb tu nak viral bising baik xpayah. Buat malu je. Berapa sangat le kalau nak dibandingkan orang lain yg ade anak byk kat ipta dan ipts tuh..Kalau nak murah gi sekolah pondok tak pun ajar anak sendiri.
****Sahabat Sejati****
=====================
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
“Sahabat, pertemuan adalah ketentuan Ilahi
Untuk menempuhi duga’an ini
Moga ikatan ukhuwah yang dibina
Ke akhirnya….
Sekolah tu ada bg diskaun 15% utk semester 1/2021 kalau bayar by 15 dec 2020. dan semester lepas juga dibagi 15% jika bayar on time. Bukannya tak bg langsung. Tp ada syarat2 nya la…
Tahula anak kau international school …
Ni mesti yg bising ni geng ckgu.mmg pun duk rumah byk up masak ape harini.pastu share kat budak2 klik link kuiz yg kt tenet tu je.soalan punbyk salah tak check lgsung sblum suh buat.nmpk sgt main tibai je
Gaji nk penuh
bising di socmed bust apa?
retis2 ni not our level lah.
nak netizen tolong marah sekolah mahal tu ye… kami peduli apa. selalu netizen awak marah nabilah oii.
peluklah anjing tu untuk lepaskan geram, tak puas cari rimau lagi eee pkp pulak peluk anjing je lah senang dapat
Jgn lupa cikgu kat rumah pun ade anak2 kena byr yuran, cikgu pun pakai lampu internet sndiri utk buat keje, cikgu kat rumah pun kena masak cuci baju, cikgu ajar anak org, anak sndiri tak blaja online sebab susah nak awasi lagi2 anak yg kecik. Keadaan menyusahkan semua org ye. Complain to the right source not to the whole world.
jumpa lah menteri pendidikan.
bagitau di socmed x ada dapat tolong.
bagi anjing untuk peluk bolehlah anjing dari sarawak.
mcm dia je yg terpaksa buat pergilah jumpa sekolah mahal tu, saja je nak bagi tahu anak sekolah di sekolah mahal ke seluruh dunia lan
Saya terpanggil untuk menulis apa yang berlaku di sekolah swasta.
Saya guru mengajar di sekolah swasta. Mengajar online memerlukan kesabaran. Kami mengajar bukan sambil lewa saja. Bagi guru-guru di sekolah rendah swasta (international) kami kena ajar semua subjek :- Bahasa Inggeris (termasuk Bacaan), Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Muzik, Moral, dan International.
Kami mengajar 20 minit untuk seluruh kelas. Lepas tu, bagi mereka yang boleh buat kerja independently, diteruskan. Bagi mereka memerlukan sokongan guru, kami akan call mereka untuk beri bimbingan. Murid-murid ini diberi masa untuk buat kerja yang diberikan. Lepas sekolah, kami akan call mereka balik untuk bertanya samada mereka boleh buat atau tidak. Kalau tidak, kami bimbing lagi. Pembelajaran sepatutnya habis pada pukul 2.30 setiap hari tapi kami akan berterusan sampai ke 5 atau 6 petang.
Pada waktu malam pula, kami perlu :-
a) siapkan Powerpoint untuk pembelajaran utk esok hari.
b) memeriksa kerja online yang murid-murid hantar dalam sehari. Selepas periksa, perlu beri konstruktif maklumbalas pada murid-murid. Bukan sekadar online tetapi sekiranya ada murid yang memerlukan lagi sokongan, kami akan call murid tersebut dan bimbing.
c) kami ada sistem tracker yang perlu diisi setiap hari. Sistem tracker ini akan dipantau oleh pihak sekolah pada bila-bila masa.
Kerja ini berterusan sehingga lewat malam kerana di dalam sebuah kelase, paling kurang murid ialah 18 orang. Sila darab 18 x 4 atau 5 subjek sehari.
Kami juga perlu bayar elektrik, internet, kertas dan cartridge untuk mencetak. Saya sendiri membeli printer apabila sistem online ini bermula. Kami tak minta jasa dihargai kerana ini tugas dan tanggungjawab kami. Kami bekerja hari Sabtu dan Ahad juga.
Bukan sahaja bidang kerja di atas, kami pun ada perhimpunan yang melibatkan murid-murid walaupun online. Bidang kerja kami luas dan mencabar. Banyak lagi projek yang kami perlu rancang dan bekerjasama dengan murid-murid.
Belajar di dalam talian memang mencabar dan ini bukan permintaan kami.
Maaf cakap, anak-anak saya sendiri pun terabai sebab saya terlalu sibuk mengajar anak-anak murid saya secara online. Kami tak minta di puji atau di sanjung tapi kami mahu anda fahami, kerja online bukan bermaksud kami lepak ya. Kami kerja dua malah tiga kali ganda berbanding jika kami berada di sekolah.
I hope you understand that we work extremely hard for children’s learning. Do not question our work ethics as we are dedicated teachers. I do not know where your child goes to but where I am now in this school that I am in, I am proud to say….kami tahu ibubapa bayar mahal untuk belajar dan sebagai guru, we work for that value.
poyo laa …
dh tu p la hantar ank skolah sorang2.. ank sorang je dh berkire nanti x berkat.. kn covid ni.. redha la..lg ramai yg susah dr kau pn x bising la..hmmm mcm2 retis2 ni..
retis mana tau semua persediaan mengajar online ini.
dia hanya fikir macam sinetron tu bdk2 belajar di sekolah mewah.
dia fikir mcm berlakon ikut skrip, tidak kaji sebelum buat kenyataan, bukalah sekolah sendiri bapamu kan jutawan mengada2.
nak beritahu anak sekolah swasta mahal tapi tidak kaji apa pun.
nak tunggu apa pula alasannya. retis kalau bercakap mcm mat jenin.
retis mana tau semua persediaan mengajar online ini.
dia hanya fikir macam sinetron tu bdk2 belajar di sekolah mewah.
dia fikir mcm berlakon ikut skrip, tidak kaji sebelum buat kenyataan, bukalah sekolah sendiri bapamu kan jutawan mengada2.
nak beritahu anak sekolah swasta mahal tapi tidak kaji apa pun.
nak tunggu apa pula alasannya. retis kalau bercakap mcm mat jenin. mesti pengaruh orang memburukkan orang lain. lepas tu salahkan org lain. mcm anjing dilepaskan leoas dipeluk
Maizura..
Only a teacher knows what a teacher does.
Ignore those negative vibes..
Keep up your good work..
btw i suker sgt ngan lakonan akak kat munafik, menjadi sgt.