fbpx

Nabila Huda Bakal Bercerai

Sedih kami mendengarkan berita ini, tetapi bukan di’tangan kami jodoh mereka.

Harian Metro hari ini melaporkan yang Nabila Huda di’temui di JAWI ketika beliau hadir untuk menjalankan proses penceraian.

“Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini,” ujar Nabila Huda.

Anak perempuan Amy Search ini bagaimanapun tidak boleh meneruskan permohonan beliau ketika itu kerana tidak membawa sijil nikah.

Nabila Huda juga menyatakan yang beliau pernah berharap masalah rumahtangga beliau akan berubah selepas kelahiran anak sulung mereka, Keisha. Namun harapan tinggal harapan.

Nabila Huda & suami, Zaidi Zailani berkahwin pada hujung tahun 2008 dan mereka sudah berkenalan semenjak tahun 2000 lagi. Kepada Nabila Huda, be strong girl!