fbpx

Nabila & Ameera Khan Akui Kejayaan Neelofa Beri Motivasi Untuk Berjaya

Hampir 13 tahun bergelar penggiat seni, perjalanan selebriti popular Neelofa dalam dunia hiburan cukup luar biasa apabila meraih pelbagai kejayaan.

Meskipun sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata, namun nama Neelofa masih lagi menjadi bualan ramai dan kekal relevan. Bukan itu sahaja, populariti Neelofa turut terkena tempias kepada seluruh ahli keluarganya yang kini dikenali ramai.

BACA: Ameera Khan Dikecam Jual Kek Batik Terlalu Kering, Keras Kejung

Menerusi temubual bersama Harian Metro, Noor Nabila dan Ameera Khan mengakui kejayaan Neelofa memberi motivasi kepaada mereka untuk mencapai kejayaan tersendiri.

“Kejayaan Neelofa menjadi satu motivasi kepada kami untuk mencapai kejayaan tersendiri. Kami percaya rezeki adalah berbeza dan Allah bagi bersesuaian dengan kelebihan diri kita sendiri.

“Apa yang paling penting, matlamat untuk setiap apa yang kami buat adalah bagi membanggakan ibu dan bapa kami.

“Saya gembira apabila berpeluang menyaksikan kejayaan Neelofa sehingga hari ini. Dia sudah mencapai satu fasa yang cukup membanggakan dan saya juga menyimpan keinginan untuk berjaya sepertinya satu hari nanti,” kata Ameera Khan.

Mengakui pada awalnya populariti Neelofa sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya, namun berkat tunjuk ajar ahli keluarga Ameera berkata dia menerima perubahan itu.

“Pada awalnya, saya berasa sedikit tertekan, namun atas nasihat dan tunjuk ajar daripada ahli keluarga, saya menerima perubahan ini dengan positif.

“Bagi saya perubahan ini adalah satu peluang untuk saya keluar daripada zon selesa dan mencabar diri melakukan perkara baharu. Alhamdulillah, saya rasa selesa dengan diri saya dan harap dapat terus menceburkan diri untuk melakukan lebih banyak benda baharu lagi,” katanya.

Dalam pada itu, bagi Nabila pula kejayaan Neelofa sememangnya mengubah kehidupan mereka sekeluarga untuk menjadi lebih baik serta bergerak maju ke depan seperti adiknya itu.

“Saya belajar untuk jadi jujur kepada diri sendiri, selalu merendah diri dan jangan putus asa. Saya percaya ini adalah antara kunci kejayaan penting yang perlu saya pegang untuk terus bergerak maju ke hadapan.

“Sebagai kakak, saya bangga dengan Neelofa. Bukan hanya Neelofa, tapi adik- beradik lain juga belajar banyak perkara. Mereka semua unik dalam cara mereka tersendiri,” katanya.