fbpx

Ameera Khan Dikecam Jual Kek Batik Terlalu Kering, Keras Kejung

Belum lagi reda dengan kontroversi merakam babak filem di pawagam, nampaknya nama selebeiri media sosial Ameera Khan menjadi bualan hangat di laman Twitter pula.

Kali ini Ameera dikritik warga Twitter yang mempersoalkan Kek Batik LMK yang dijual olehnya dikatakan sangat kering dan keras.

BACA: Kongsi Babak Filem Dalam Pawagam, Ameera Khan Dikecam Netizen

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang netizen berkongsikan semula video oleh seorang pelanggan yang dimuat naik oleh Ameera di Insta Story.

Melihatkan daripada video tersebut, biskut yang digunakan untuk membuat kek batik itu tidak disaluti dengan campuran butter dan Milo seperti kebiasaannya.

Malah, seorang netizen turut meninggalkan komen mengatakan, kek tersebut keras kejung dan berkecai apabila dipindahkan ke atas pinggan.

Dalam pada itu ada segelintir netizen menangis melihat kek yang dijual oleh Ameera serta menunjukkan contoh rupa kek batik sebenar.