Nabil Mahir Tempah Satu Panggung Wayang Nak Tengok Spider Man
Baru-baru ini, pengacara Nabil Mahir menempah satu panggung untuk menonton filem Spider-Man: No Way Home bersama ahli keluarganya.
Menurut Nabil, dia berbuat demikian untuk memastikan mereka sekeluarga dapat menonton dalam keadaan selamat memandangkan kes positif Covid-19 di negara ini masih tinggi.
BACA: Ayda Jebat, Nabil Mahir Tak Cukup Tidur Jaga Anak
“Jika diikutkan sudah dua tahun saya tidak menonton wayang sebab takut nak bersesak dengan orang ramai. Saya memang minat menonton filem di panggung wayang, lebih-lebih lagi filem terbitan Marvel.
“Tapi sejak penularan Covid-19, saya begitu risau nak pergi panggung. Disebabkan itu, ada beberapa filem lain yang saya tidak sempat tengok.
“Jadi, kali ini saya tempah satu panggung dan bawa Ayda serta ahli keluarga lain untuk menonton Spider-Man: No Way Home ini,” katanya.
Dalam pada itu, Nabil turut menempah bilik hotel berdekatan dengan panggung wayang berkenaan untuk memudahkan menunaikan solat Maghrib selepas selesai menonton.
“Apabila sudah menempah panggung wayang, saya terfikir pula, bagaimana nak solat? Jadi, saya tempah bilik hotel berdekatan supaya kami dapat solat dengan selesa,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Brp ribu ko buang duit semata2 nk tngk wayang tu? Membazirnya, kalau duit sebanyak tu bg kt org yg rugi teruk kena banjir jauh besar manfaat dia….
Alaaa duit binik dia nie… Dia bkn ada job sngt pun!! Brsangka baik jerla… Boleh gitewww??
Bro, ini kira blum teror lg. Aku walaupun bukan retis atau jutawan, aku tempah dua panggung nak bg anak bini aku tengok sepaider-man. Pastu kami tak pegi pun.
bila hamil lagi.
anak baru satu 12 lagi nak cari.
bagus duit tu buat ivf 6 sekali gus.
kalau nak kena kobit, bukan takat pi tgk wayang, on the way nak pi hotel pun blh terkena jangkitan.
mcm aku, sakan berjaga, tak pi merata. last2 kena kobit jugak, sebab laki aku kerja kilang… Alhamdulillah, Ada hikmah aku kena kobit, terbuka mata. Iktibar, boleh jaga diri, tp jgn beria sgt,