fbpx

Ayda Jebat, Nabil Mahir Tak Cukup Tidur Jaga Anak

Genap tujuh hari menimang cahaya mata sulung, semalam pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendedahkan wajah anak mereka yang diberi nama Ana Nayla.

Berkongsikan keadaan selepas melahirkan, Ayda mengakui penat namun perasaan itu hilang dan rasa bahagia apabila menatap wajah Ana.

BACA: Baru Dua Jam Buka Akaun IG, Ana Nayla Raih 29,000 Pengikut

“Alhamdulillah keadaan saya dan Ana baik-baik sahaja. Adatlah rasa sedikit penat saat berpantang. Tapi perasaan itu langsung hilang bila menatap wajah Ana.

“Jujur kami rasa sangat bahagia sekarang. Sejak kehadiran Ana di sisi, banyak hal baharu yang kami pelajari khususnya cara untuk menguruskan anak.

“Kami juga tak mendapat tidur yang cukup, terutamanya Nabil kerana dia yang buat semua benda. Namun perkata tersebut bukanlah satu hal yang besar asalkan kami ada dekat dengan Ana,” katanya.

Ayda Jebat selamat malahirkan cahaya mata sulung pada 21 September secara pembedahan.Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).