fbpx

Nabil Mahir, Ayda Jebat Mengaku Bercinta

Sering memuat naik gambar bersama di Instagram, nampaknya teka-teki mengenai hubungan pengacara Nabil Mahir dan Ayda Jebat akhirnya terjawab apabila kedua-keduanya mengaku kini sedang hangat bercinta.

Malah, Nabil akui mereka juga sudah pun bertemu dengan keluarga masing-masing. Namun, Nabil berkata hubungan mereka masih baru dan belum merancang untuk ke peringkat lebih serius.

BACA: Ayda Jebat Terima Mesej Dari Perempuan Ajak Couple

“Sebenarnya kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Keluarga pun dah jumpa, kita orang pun dah betul-betul rapat. Perasaan itu ada. Apa yang saya boleh cakap, kami lebih daripada kawan. Bercintalah. Cuma kami tak mahu tergesa-gesa.

“Setakat ini saya tak dapat nak nyatakan tarikh rasmi bercinta sebab tak sedar bila kami bercinta, semua ini datang sendiri.

“Saya sudah berumur 31 tahun dan ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang. Cuma kami belum ada persetujuan lagi untuk menetapkan tarikh perkawhinan, harap semua doakan yang terbaik,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Ayda mengakui kehadiran Nabil menjadikan dirinya seorang manusia lebih baik daripada sebelumnya. Ujarnya lagi, itu juga antara satu sebab mengapa dia berkawan dengan Nabil.

“Kalau orang cakap kenapa saya kawan dengan dia? Salah satu sebab kerana dia buat saya jadi manusia lebih baik daripada sebelum ini,” katanya.