fbpx

Nabil Lebih Rajin Selepas Bergelar Bapa

Bergelar bapa lebih kurang dua bulan Nabil dapat merasakan perubahan dirinya setelah kelahiran Naira Mikayla pada 25 November tahun lalu.

Bekas pengacara radio SuriaFM ini mengatakan lebih rajin daripada dahulu dan apa yang dilakukan anaklah menjadi keutamaan baginya.

“Saya rasa saya semakin rajin setelah bergelar bapa. Bukan mudah menjaga anak yang masih kecil ini dan ini juga merupakan pengalaman pertama saya sebagai bapa”

“Contohnya saya belajar mandikan dia, bangun lebih awal untuk menyediakan keperluan anak seperti susu dan sentiasa menjaga kesihatan isteri agar dia sentiasa sihat dan tidak keletihan”

Nabil turut memberitahu bahawa pengalaman pertama kali bergelar bapa adalah momen manis yang tidak akan dilupakan dan membuatkan Nabil lebih matang di dalam menguruskan rumah tangga.

Ditemui di majlis pelancaran filem Lawak Ke Der 2 baru-baru ini, pihak media sempat bertanyakan kepadanya adakah mahu Naira Mikayla (Mika) mengikut jejak langkahnya sebagai pelawak dan pelakon.

Nabil menjelaskan bahawa dia masih belum memikirkan soal tersebut kerana perjalanan hidup anaknya itu masih panjang, apa yang penting saya mahu berikan pelajaran terlebih dahulu kepadanya.

“Saya nak dia well educated, saya tidak mahu menjadi seperti saya yang bersandarkan sijil SPM sahaja”

“Tentang (menjadi) artis tu biarlah masa yang menentukan,” Ujar Nabil.