fbpx

Malam tadi, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad membuat kejutan buat isterinya, Nazirah Ayup di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 secara siaran langsung di atas pentas.

Pada kejutan itu, Nabil menjemput isterinya yang berada di kerusi penonton naik ke pentas serta menyediakan kek tiga tingkat dan menitipkan ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada Zira.

BACA: Pergi Konsert Dewa19, Nabil Ahmad Disindir Netizen

https://www.tiktok.com/@ceobissnespropozel/video/7149920723379686682?is_from_webapp=v1&item_id=7149920723379686682

Meskipun ramai yang tersentuh melihat kejutan berkenaan, namun ada yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengacara itu kerana menggunakan pentas GV9 untuk tujuan peribadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Kata netizen lagi, mereka mahu menonton acara nyanyian bukan sambutan ulang tahun perkahwinan di atas pentas. 

Bagaimanapun, disebalik kritikan itu ramai yang mendoakan agar rumah tangga pengacara itu kekal hingga ke jannah dan sentiasa diberikan bahagia bersama keluarga.