fbpx

Nabil Ahmad Enggan Berlakon Lagi?

Pengacara dan pelawak sensasi, Nabil Ahmad berkata dia tidak akan berlakon lagi melainkan berlakon dalam pengarahan dan produksinya sendiri di masa depan.

BACA: Nabil Ahmad Tak Desak Isteri Berhijab

“Filem yang akan ditayangkan ini adalah filem terakhir saya buat untuk orang. Tetapi saya akan produce, dan skrip daripada saya sendiri. Sekarang ini saya sedang mencuba berilah saya masa dalam beberapa tahun dan kita tengok cerita itu,” katanya yang ditemui di majlis tayangan filem BO-PENG.

Dia yang kini telah berjinak-jinak untuk menjadi seorang produser telah pun mendaftarkan syarikatnya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan labelnya Nabil Production Sdn Bhd.

“Saya akan produce, berlakon dan tengok sendiri. Sekarang saya cuba untuk membina produksi sendiri dan baru sahaja mendaftar dengan SSM. Nama produksi saya ialah ‘Nabil Production Sdn Bhd’,” katanya kepada Rotikaya.

Nampaknya bersungguh sekali Nabil dalam impiannya menggapai cita-citanya untuk menjadi produser. Kami di Rotikaya mendoakannya untuk terus berjaya. Good luck! (rtky/h)