fbpx

Umum mengetahui baru-baru ini pelakon Zul Ariffin dikecam teruk selepas memuat naik sedutan babak panas dalam drama Perempuan Itu.

Sedih melihat rakan artis dikecam, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menyifatkan apa yang berlaku kepada aktor itu adalah ujian daripada Allah.

BACA: Kasut Nabil Ahmad Jadi Perhatian, Netizen Siasat Harga Dianggarkan RM11,919

Nabil mengakui apa yang terjadi adalah sesuatu yang salah, namun orang ramai sepatutnya mendoakan bukan terus menghentam dan mengecam.

“Saya melihat ia sebagai satu ujian buat Zul. Allah akan menguji orang-orang yang beriman. Kita harus melihat dari perspektif sebegitu.

“Sepatutnya lebih banyakkan berdoa dari terus menghentam apabila perkara ini berlaku. Kita kena buang sifat iblis yang ada dalam diri. Jangan kita asyik nak cari kesalahan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil berkata dia melihat apa yang berlaku adalah satu peringatan buat dirinya dan lebih baik persiapkan diri dengan amal kebajikan dari menuding jari letakkan kesalahan kepada mana-mana pihak.

“Saya jadi takut apabila orang mula marah dengan keadaan yang telah berlaku kerana fikirkan akhir zaman semakin menghampiri kita.

“Apabila benda ini berlaku lebih baik kita siapkan diri sendiri dengan amal dan kebaikan daripada terus menghentam orang lain,” katanya.